Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik
Untitled Document

 

Bagi tujuan pengajaran, jabatan terlibat di dalam dua program iaitu:

  • Program pra siswazah
  • Program pasca-siswazah

PROGRAM PRA SISWAZAH
Kakitangan akademik jabatan terlibat di dalam  pengajaran dan pembelajaran program berikut:

  • Program Doktor Perubatan
  • Program Bacelor Kejururawatan
  • Program Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
  • Program Bacelor Sains (Bioperubatan)
  • Program Bacelor Sains (Pemakanan dan Dietetik)
  • Program Bacelor Sains (Dietetik)

Secara  umumnya penglibatan ahli akademik adalah dalam bentuk memberi syarahan,  tutorial, menjalakan SCL, menyelia amali dan penyelidikan.

Program Doktor Perubatan
Ahli akademik di jabatan bertanggungjawab  melaksanakan modul bagi pelajar perubatan tahun 2 yang meliputi kursus berikut

  • SPP3424 : Perubatan Kesihatan Awam
  • SPP3425 : Epidemiologi
  • SPP3612 : Statistik Perubatan
  • SPP3591 : Pembelajaran Berasaskan Masalah (I,II,III,IV)
  • SPK3011 : Pengalaman Awal Klinikal (I,II,III,IV)
  • SPK3621 : Projek dan Kaedah Penyelidikan

Bagi tahun klinikal (Tahun 4 & 5), jabatan  terlibat di dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran bagi:

  • SPK3981 : Posting Perubatan Komuniti
  • SPK3141 : Posting Perubatan Sukan

Posting Perubatan Komuniti
Merupakan aktiviti latihan di lapangan dengan  kerjasama pihak pejabat kesihatan daerah dan hospital daerah di Kuala Pilah dan  Jempol, Negeri Sembilan dan Bahagian Bintulu di Sarawak.
(lihat  gambar aktiviti)

Posting Perubatan Sukan
Kursus  ini merangkumi spektrum luas perubatan sukan (kecederaan sukan, rawatan dan  pemulihan) dan sains sukan (senaman fisiologi, pemakanan sukan, psikologi sukan  dan penyesuaian fizikal).
(lihat gambar aktiviti)

PROGRAM PASCA SISWAZAH
Jabatan Kesihatan Komuniti juga menawarkan tiga program siswazah seperti  berikut:

Sarjana Sains dengan Tesis  (MSc)

  • Program sepenuh masaTempoh : 2 tahun (4 semester)
  • Bidang pengajian
    • MSc (Epidemiologi & Biostatistik)
    • MSc (Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan)
    • MSc (Promosi Kesihatan)
    • MSc (Kesihatan Awam) - kesihatan keluarga, perubatan persekitaran, perubatan pekerjaan dan kesihatan komuniti

(muat turun –  risalah program)

Doktor Falsafah dengan Tesis  (PhD)

  • Program sepenuh masa dan sambilan
  • Tempoh : 3 – 6 tahun (sepenuh masa)
  • Bidang-bidang pengajian adalah kesihatan keluarga, perubatan persekitaran, perubatan pekerjaan, kesihatan komuniti, epidemiologi & biostastistik, pengurusan perkhidmatan kesihatan dan promosi kesihatan.

(muat turun –  risalah program)

Master Kesihatan Awam  (MPH)

  • Program sepenuh masa
  • Tempoh : 1 tahun (2 semester)
  • Ditawar hanya kepada doktor perubatan

(muat turun –  risalah program)

(muat turun –  Handbook Master of Public Health Program )

Doktor Kesihatan Awam  (DrPH)

  • Program sepenuh masa
  • Tempoh : 3 tahun (6 semester)
  • Ditawar hanya kepada doktor perubatan
  • Program khas untuk perubatan kesihatan awam

(muat turun –  risalah program)

(muat turun –  Handbook Doctor of Public Health Program )

SENARAI  PEGAWAI AKADEMIK DAN BIDANG KEPAKARAN

Jabatan mempunyai  30 staf akademik yang pakar dalam pelbagai  bidang Perubatan Kesihatan Komuniti.

(Lihat senarai direktori kakitangan akademik)

Kemaskini Terakhir : Thu, 20 Feb 2014 (ahmadmustafa)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017