Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Doktor Perubatan

PENGENALAN

Kursus ini terdiri daripada 5 tahun program bersepadu yang berasaskan empat tema iaitu Manusia, Sel, Komuniti, dan Pembangunan Peribadi dan Profesional. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sistem tubuh badan dan bukannya pemisahan tradisional bidang anatomi, fisiologi, biokimia, patologi, dan mikrobiologi. Program perubatan bersepadu meliputi sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan lain-lain, di mana semua sains asas berkaitan perubatan dan disiplin klinikal terlibat.

Kurikulum ini memberi penekanan kepada pembelajaran pelajar berpusat dengan pengenalan awal pengalaman klinikal. Pendedahan komuniti dan kesihatan awam serta penekanan kepada sains tingkah laku, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional adalah terkandung dalam kurikulum. Metodologi penyelidikan dan pengalaman masih menjadi komponen penting dalam kurikulum, manakala pengajaran klinikal yang komprehensif memastikan pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman klinikal yang mencukupi bagi menjadikan mereka doktor yang berpengetahuan dan kemahiran.

Sasaran

- Melahirkan doktor yang terlatih, penyayang, berkebolehan, mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan mampu bekerja dalam satu pasukan
- Membentuk sikap prihatin dan belas kasihan terhadap orang sakit dan masyarakat umum bagi memenuhi keperluan individu dan negara
- Menyemai kesedaran tentang undang-undang dan etika tanggungjawab seorang doktor
- Menyemai budaya dan kepentingan pendidikan perubatan hayat secara berterusan


KERJAYA

Doktor adalah diwajibkan untuk menjalani housemanship selama dua tahun selepas menamatkan pengajian ijazah perubatan. Doktor akan mendapat kelayakan pendaftaran penuh dengan MPM dengan menjalani latihan pra-pendaftaran jawatan Pegawai Perubatan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia di Hospital Kerajaan dalam tempoh 3 tahun sebelum dibenarkan bekerja dengan agensi swasta. Selepas selesai dengan jayanya latihan pra-pendaftaran, doktor akan diselia di mana-mana hospital seperti hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kerajaan atau klinik swasta.

KEMASUKAN 

MATRIKULASI (SAINS)

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh ; 
- sekurang-kurangnya PNGK = 3.85, dan 
- sekurang-kurangnya Gred A- (3.67) dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia dan 1 daripada mata pelajaran berikut :
i) Fizik atau
ii) Matematik 
- dan sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh ; 
- sekurang-kurangnya PNGK = 3.85, dan 
- sekurang-kurangnya Gred A- (3.67) dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia dan 1 daripada mata pelajaran berikut :
i) Fizik atau
ii) Matematik atau Further Mathematics T 
- dan sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

ASASI SAINS ATAU KURSUS PRA-PERUBATAN

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh CGPA 3.85 (daripada 4.0) dalam mata pelajaran berikut: 
- Biologi dan 
- Kimia dan 
- Fizik atau Matematik 

dan 
tempoh kursus adalah tidak kurang daripada 1 tahun dalam institusi sama yang diiktiraf 

dan 
kelayakan kemasukan minimum adalah 5 Bs dalam setiap satu mata pelajaran berikut:  
- Biologi dan 
- Kimia dan 
- Fizik dan 
- Matematik atau Matematik Tambahan dan 
- Satu lagi subjek di peringkat Sijil atau setaraf dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

PURATA KOS, YURAN PENGAJIAN YANG DIKENAKAN DAN SUBSIDI KERAJAAN (UNTUK MAKLUMAN) SESI 2015/2016

Bil.

 FAKULTI/PROGRAM

 PURATA KOS SEORANG PELAJAR SETAHUN

(a)
RM

YURAN PENGAJIAN SETAHUN(KOLEJ 1-11, 13, 17 DAN 18)

(b)
RM

SUBSIDI KERAJAAN KEPADA PELAJAR SETAHUN

(a-b)
RM

YURAN PENGAJIAN SETAHUN(KOLEJ 12, 14, 15 DAN 16)

(c)
RM

SUBSIDI KERAJAAN KEPADA PELAJAR SETAHUN

(a-c)
RM

1

FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN

 

 

 

 

 

PM00

DOKTOR PERUBATAN

42, 163.00

4, 730.00

37, 433.00

4, 786.00

37, 377.00

Buku Panduan Program
E-BOOK (VERSI BAHASA MALAYSIA)
KALENDAR AKADEMIK 2015/2016 TAHUN 1
KALENDAR AKADEMIK 2015/2015 TAHUN 2
KALENDAR AKADEMIK 2015/2016 TAHUN 3
KALENDAR AKADEMIK 2015/2016 TAHUN 4
KALENDAR AKADEMIK 2015/2016 TAHUN 5

HUBUNGI KAMI

Timbalan Dekan (Akademik : Perubatan)
Program Doktor Perubatan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
MALAYSIA

Tel: 603-8947 2607
Fax: 603-8947 2585
Web: www.medic.upm.edu.my


Kemaskini Terakhir : Fri, 16 Oct 2015 (s_suriani)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017