Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
berita

FPSK NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOOTH ANTARA PTJ SEMPENA EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN KE-40 UPM 2016

26 Oktober 2016 - sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM kali ke-40, satu pertandingan Booth Antara PTJ UPM yang dianjurkan bersama oleh Taman Pertanian Universiti telah berlansung daripada 20-26 Oktober 2016. Tema untuk pameran tersebut adalah “Mengungguli Pertanian, Menggapai Reputasi Antarabangsa”. Sesi penilaian telah dijalankan sepanjang pameran dan sukacita dimaklumkan bahawa pasukan dari FPSK telah berjaya meraih naib johan bagi pertandingan tersebut.

Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (JKPP) merupakan penyelaras utama bagi persediaan dan persiapan booth  Pameran Expo Konvo kali ini. Jabatan-jabatan yang lain turut memberikan kerjasama membantu  menjayakan pameran ini. Kandungan pameran booth yang disediakan selari dengan konsep dan tema pameran.


Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan fakulti diatas kepercayaan dan sokongan yang diberikan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pameran ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

 



Pemenang-pemenang booth terbaik antara PTJ

 


Depan booth Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

 


Lawatan YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  ke booth FPSK selepas perasmian pameran bersama dengan Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.



Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017