Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
JABATAN
Arrow Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan mempunyai 16 jabatan.

 
 
 Jabatan Perubatan Keluarga

Pada 2001 Unit Perubatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perubatan Komuniti. Ia adalah di antara lapan unit yang terdiri dari Unit Perubatan Sukan, Promosi Kesihatan, Kesihatan Keluarga, Epidemilogi dan Biostatik, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Sains Kesihatan dan Perkerjaan, Kejururawatan.

Jabatan ini aktif dalam memberi kepakaran terutamanya dalam bidang perubatan keluarga dan penjagaan warga tua di daerah Sepang . Ini adalah sebahagian dari Memorandum Kefahaman di antara Daerah Sepang dan UPM.

Salah satu visi dan misi universiti adalah penyelidikan. Dengan itu, Jabatan Perubatan Keluarga telah memohon untuk satu makmal penyelidikan pada 2010. Walau bagaimanapun, anggota jabatan telah banyak melibatkan diri mereka dengan penyelidikan dengan memegang grant dan juga kolabrasi dengan pihak lain.

 
 Jabatan Psikiatri

Jabatan Psikiatri Universiti Putra Malaysia adalah ditumpukan untuk ke arah peningkatan kecemerlangan yang berteraskan tiga misi utama: pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal. Anda dijemput supaya melayari laman web ini bagi maklumat lanjut tentang program dan aktiviti kami.

 
 Jabatan Pengimejan

Sebelum ini,  Jabatan Pengimejan merupakan Unit Pengimejan yang diletakkan dibawah Jabatan Perubatan, FPSK. Bermula tahun 2006 unit ini telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengimejan dan beroperasi sepenuhnya di Kampus Serdang. Beraspirasi menjadi Jabatan yang kehadapan dalam Pendidikan Radiologi, Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan peralatan diagnostik dan pengimejan yang tercanggih.

 
 Jabatan Pemakanan dan Dietetik

Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ditubuhkan untuk mengendalikan aspek pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang pemakanan dan dietetik. Jabatan ini menawarkan dua program prasiswazah iaitu Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dan Dietetik di samping menawarkan program M.Sc. dan PhD dengan tesis dalam bidang Pemakanan Komuniti, Sains Pemakanan, Pemakanan dan Biokimia Pemakanan. Jabatan memfokuskan penyelidikan mengenai pemakanan dan dietetik dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua dan kumpulan khusus seperti pesakit HIV/AIDS, kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang. Penyelidikan mengenai jaminan kedapatan makanan, gaya hidup sihat, promosi kesihatan, hubungkait sosiobudaya dan pemakanan, makanan berfungsi, mengenalpasti komponen anti kanser serta probiotik dan kesihatan nutraseutikal turut diberi penekanan. Jabatan Pemakanan dan Dietetik juga menyediakan perkhidmatan profesional khususnya perkhidmatan kaunseling pemakanan di Klinik Dietetik, Makmal Kaunseling Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

 
 Jabatan Surgeri

Jabatan Surgeri ditubuhkan pada tahun 1998, apabila kumpulan pertama penuntut perubatan universiti ini memasuki fasa klinikal. Jabatan ini merangkumi 4 unit iaitu Unit Surgeri Am, Unit Anestesiologi, Unit Otorinolaringologi dan Unit Oftalmologi. Jabatan ini diterajui oleh Prof. Madya Dr. Mohd Faisal Jabar selaku ketua jabatan sejak 10 Jun 2011.

 
 Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan

Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan ditubuhkan pada 1 Jun 2006 untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan penyelidikan dalam bidang mikrobiologi dan parasitologi perubatan untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan. Terdapat dua unit di bawah jabatan ini iaitu Unit Mikrobiologi Perubatan dan Unit Parasitologi dan Entomologi Perubatan yang sebelum ini adalah sebahagian daripada komponen aktif Jabatan Sains Makmal Klinikal (1999). Misi jabatan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar perubatan dan sains kesihatan dalam bidang kepakarannya. Jabatan ini menyahut misi pengajaran universiti dengan mendidik pelajar-pelajar sarjana muda dan sarjana dalam bidang bakteriologi, virologi, mikologi, parasitologi, entomologi dan juga interaksi perumah-patogen. Selain juga terlibat dalam banyak penyelidikan saintifik selaras dengan status universiti sebagai salah satu universiti penyelidikan utama di Malaysia.

 
 Jabatan Kejururawatan & Rehabilitasi

Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi mula dinaiktaraf daripada Unit Kejururawatan dan beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2015. Sebelum ini, Unit Kejururawatan beroperasi di bawah Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan (1999 – 2002), Jabatan Kesihatan Komuniti (2002 - 2008) dan Jabatan Perubatan (2008 sehingga 2015). 

Wawasan Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi adalah sebagai organisasi pusat kecemerlangan dalam memberi pendidikan di bidang kejururawatan dan rehabilitasi dari segi pengajaran dan penyelidikan bagi menyediakan jururawat dan jurupulih profesional yang efisyen. Berlandaskan kepada visi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf global, misi jabatan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan secara berterusan dalam pengendalian program pendidikan dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan dan rehabilitasi di peringkat pra siswazah serta pasca siswazah. Jabatan juga menyasarkan peningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengembangan dan perundingan perkhidmatan dalam bidang kejururawatan dan rehabilitasi.

 
 Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali sebagai Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia (JPPM). Pada 1 Jun 2006, Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia telah dibubarkan dan dibahagikan kepada dua jabatan berasingan iaitu Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, dan Jabatan Pediatrik. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terdiri daripada dua unit iaitu Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Unit Genetik Klinikal. Terdapat dua makmal penyelidikan iaitu Pusat Penyelidikan dan Kesihatan Reproduktif dan Makmal Genetik Perubatan terletak di bawah pentadbiran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.  Jabatan ini menggunakan Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Kajang sebagai lokasi pengajaran dan perkhidmatan klinikal.
 
 
 Jabatan Perubatan

Jabatan Perubatan mula ditubuhkan pada tahun 1998. Jabatan ini terletak di Aras 3, Blok B, Blok Pensyarah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.  Jabatan ini terdiri dari 8 unit iaitu:

1)      Unit Dermatologi
2)      Unit Endokrin
3)      Unit Farmakoteraputik
4)      Unit Gastroenterologi
5)      Unit Kardiologi
6)      Unit Nefrologi
7)      Unit Neurologi
8)      Unit Perubatan Dalaman


Jabatan ini terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan makmal diagnostik dan penyelidikan.

 

 
 Jabatan Sains Bioperubatan
Perubahan dalam arus pendidikan perubatan dan bioperubatan, dan keperluan peningkatan profesional graduan, kami menawarkan Ijazah Sains Bioperubatan yang inovatif. Kami mempunyai reputasi yang cemerlang dan mantap dalam bidang pengajaran dan penyelidikan dalam bidang ini. Program ini direka untuk membolehkan anda untuk melangkah ke alam kerjaya yang berbeza serta meneruskan ke peringkat siswazah. Penekanan praktikal program Sarjana Muda Sains Bioperubatan kami akan menambah portfolio anda kepada kemahiran yang boleh dipindahkan, meningkatkan kebolehpasaran di laluan kerjaya yang pelbagai seperti bekerja sebagai seorang saintis bioperubatan, dalam penyelidikan perubatan, industri farmaseutikal atau dalam pengajaran.
 
 Jabatan Patologi
Jabatan Sains Makmal Klinikal telah ditubuhkan pada 1 Mei 1999. Ketika itu ia mengandungi 7 unit iaitu Unit Histopatologi, Hematologi, Patologi Kimia, Imunologi, Mikrobiologi, Parasitologi dan Radiologi. Walaubagaimanapun berikutan penyusunan semula Unit Klinikal dan Pra-klinikal, pada 17 Jun 2001 Unit Pengimejan/Radiologi telah dipindahkan ke Jabatan Perubatan. Pada 1 Jun 2006 selaras dengan pertambahan staf serta perkembangan perkhidmatan dan penyelidikan, Jabatan Patologi telah ditubuhkan dan mengandungi Unit Histopatologi, Hematologi, Patologi Kimia dan Imunologi.
 
 Jabatan Pediatrik

Jabatan Pediatrik telah ditubuhkan pada 1 Jun 2006 untuk memberi perkhidmatan pengajaran kurikulum kepada pelajar prasiswazah dari Tahun 1 ke Tahun 5 dan mengendalikan Program Master Perubatan (Pediatrik). Jabatan juga menjalankan kajian-kajian bersama pelajar prasiswazah dan pascasiswazah untuk memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang bernas.

 
 Jabatan Kesihatan Komuniti

Jabatan Kesihatan Komuniti ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan  perkhidmatan profesional dalam bidang Kesihatan Komuniti di pelbagai peringkat  komuniti di bandar dan luar bandar. Pengajaran meliputi pengenalpastian faktor  yang mempengaruhi penyakit dan kejadiannya dalam kalangan komuniti, tingkah  laku, organisasi, masalah kesihatan di komuniti, aktiviti dan program kawalan  dan pencegahan, dan lain-lain aspek disiplin kesihatan awam

 
 Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1996, manakala Unit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOH) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. Unit ini kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan Komuniti pada tahun 1999. Pada tahun 2002, unit ini telah dipisahkan kepada dua, iaitu unit Kesihatan Alam Sekitar serta unit Keselamatan dan Kesihatan. Pada tahun 2009, kedua-dua unit telah digabungkan dan dikenali sebagai Unit Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Jabatan ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2011, dan Profesor Dr. Zailina Hashim sebagai Ketua Jabatan. Jabatan ini ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan  perkhidmatan profesional berasaskan komuniti terutamanya dalam aspek keselamatan, pencegahan penyakit dan kecederaan yang berhubung dengan alam sekitar dan pekerjaan.
 
 Jabatan Anatomi Manusia

Jabatan Anatomi Manusia ditubuhkan pada awal 2005 di mana ia pada asalnya adalah sebuah Unit Anatomi di Jabatan Sains Bioperubatan. Jabatan ini terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Anatomi, Unit Fisiologi dan Unit Farmakologi. Jabatan ini ditubuhkan khusus untuk pengajaran program pra-klinikal Doktor Perubatan selain daripada program Sains Kesihatan seperti Sains Bioperubatan, Sains Pemakanan, Dietetik dan Kejururawatan . Selain itu, jabatan turut terlibat secara aktif di dalam aktiviti penyelidikan di bawah kepakarannya. Misi utama jabatan adalah memberi pendidikan dan pengetahuan berkaitan anatomi badan manusia khasnya kepada golongan pra-siswazah, siswazah, pekerja profesional dan masyarakat melalui pengajaran, penyelidikan, bengkel dan edu-pelancongan.

 

 
 Jabatan Ortopedik
Jabatan Ortopedik dahulunya dikenali sebagai Unit Ortopedik di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 unit ini telah diberikan status jabatan dan mempunyai beberapa unit iaitu Unit Traumatologi, Arthroplasty, Tangan & Mikrosurgeri, Pediatrik, Spine dan Pembedahan Sukan serta dua unit lagi yang akan ditubuhkan iaitu Unit Foot & Ankle dan Onkologi. Sejajar dengan misi Fakulti, jabatan ini berusaha meningkatkan kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang Ortopedik.
 
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017