Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Master Perubatan (Pediatrik)

PENGENALAN


Master Perubatan (Pediatrik) adalah suatu program professional peringkat kepakaran yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Ia merangkumi 4 tahun di mana calon akan memperolehi pengetahuan asas dalam pediatrik umum serta sub-bidang pediatrik yang lain. Pengetahuan ini juga melibatkan teori fundamental asas, skil klinikal serta konsep penting dalam pengurusan rawatan pesakit.

Program ini dijangka dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Pediatrik bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta. Program ini juga dapat menambah bilangan tenaga pengajar bagi program Doktor Perubatan terutama dalam bidang Pediatrik dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta.

Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar pediatrik yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan kanak-kanak Malaysia. Selain itu ia juga telah menjadi landasan untuk menceburi kepakaran sub-bidang seperti kardiologi, neurologi, onkologi dan lain-lain untuk mempertingkatkan lagi tahap penjagaan kanak-kanak.



SYARAT KEMASUKAN


Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kelulusan MBBS, MBChB, MD atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.

3. Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

4. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 2 tahun selepas pendaftaran penuh.

5. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.



TEMPOH PENGAJIAN


Minimum: 4 tahun
Maksimum: 7 tahun


STRUKTUR PROGRAM



TAHUN 1

-Teori: Sains Asas Perubatan dan Sains Asas Pediatrik.

-Posting Klinikal: Pediatrik Umum, Pediatrik Asas dan Neonatologi -Berfungsi sebagai pegawai perubatan yang bertanggungjawab ke atas wad-wad dibawah seliaan pakar perunding.

TAHUN 2 & TAHUN 3

-Pelajar akan menjalani 8 posting dalam 2 tahun daripada pilihan sub bidang Pediatrik (daripada Kursus-Kursus Elektif).

-Pelajar bertugas dibawah seliaan Pakar Perunding dan melakukan kerja-kerja wad, merawat pesakit serta tugasan malam.

-Projek Penyelidikan bermula pada awal Tahun 2.

TAHUN 4

-Latihan: Pediatrik Lanjutan dan diberi pilihan untuk menjalani Elektif Sub Bidang.

-Pembentangan hasil laporan projek penyelidikan.

Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (nurulsofia)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017