Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Sarjana Patologi

PENGENALAN

Program Sarjana Patologi adalah program pasca-siswazah 4 tahun, bertujuan untuk melahirkan Pakar Patologis Hospital yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 2 fasa : Fasa I dan Fasa II, dan dilaksanakan secara sstem terbuka (open system). Fasa I dijalankan selama satu (1) tahun merangkumi 4 modul disiplin utama Patologi : Patologi Anatomi, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Patologi Kimia. Calon akan melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam semua modul tersebut selama 10 minggu setiap satu modul, di Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Di akhir fasa I, calon diwajibkan menduduki Peperiksaan Profesional Iktisas I dalam Patologi Umum. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke Fasa II program Sarjana Patologi.

Fasa II dijalankan selama tiga (3) tahun, di dalam bidang patologi yang dipilih oleh calon sendiri. Calon akan di tempatkan di Makmal Diagnostik Klinikal, Hospital Kementerian Kesihatan yang telah diakreditasi dan digazetkan pada tahun 2 dan 3. Pada tahun 4 (tahun akhir) calon akan meneruskan pengajian di Jabatan Patologi, FPSK. Calon juga dikehendaki menjalankan projek penyelidikan dan menghantar laporan projek tersebut. Pada akhir fasa II, calon diwajibkan menduduki dan lulus Peperiksaan Professional Iktisas II untuk dianugerahkan Sarjana Patologi.


SYARAT KEMASUKAN

1. Terbuka kepada calon tempatan sahaja.

2. Calon mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS atay MBBCh) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.

3. Calon berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

4. Calon mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai Pegawai Perubatan dan telah melengkapi rotasi asas yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Memenuhi syarat-syarat yang kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.


 
TEMPOH PENGAJIAN

Minimum: 4 tahun
Maksimum: 7 tahun

STRUKTUR PROGRAM

FASA I : TAHUN 1

-Mempelajari teori dan praktikal asas dalam bidang Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Patologi Anatomik dan Patologi Kimia.

FASA II : TAHUN 2, TAHUN 3 & TAHUN 4

-Mempelajari teori dan praktikal dengan lebih mendalam mengikut bidang tertentu yang dipilih (Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Patologi Anatomik atau Patologi Kimia).

-Meneruskan tugas praktikal sebagai apprentis patologi klinikal.

-Mempelajari metodologi penyelidikan, biostatistik, kaedah praktikal klinikal yang baik dan etika perubatan.

-Menjalankan penyelidikan.

-Mempelajari pengurusan dan jaminan kualiti makmal.

Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (nurulsofia)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017