Master Perubatan (Perubatan Keluarga)

PENGENALAN

Program Master Perubatan (Perubatan Keluarga) telah ditawarkan di Universiti Putra Malaysia bermula pada tahun 2011 setelah mendapat akreditasi daripada  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya  adalah program pascasiswazah, latihan dalam pekerjaan selama 4 tahun minima dan 7 tahun maksima. Ianya bertujuan untuk melahirkan Pakar Perubatan Keluarga yang kompeten.

Program Master Perubatan (Perubatan Keluarga) bertujuan:

  1. untuk menghasilkan pakar Perubatan Keluarga yang mampu menguruskan pesakit dengan cekap di peringkat perawatan primer.
  2. Untuk menghasilkan Pakar Perubatan Keluarga yang dapat menjalankan penyelidikan dan mengamalkan keadah perubatan berdasarkan bukti saintifik di peringkat perawatan primer.
  3. Untuk menghasilkan Pakar Perubatan Keluarga yang mempunyai keupayaan dalam memimpin pengurusan amalan dengan cekap di peringkat perawatan primer.
  4. Untuk menghasilkan Pakar Perubatan Keluarga yang berkeupayaan untuk menguruskan sumber dengan cekap dan proaktif terhadap keperluan di peringkat perawatan primer.

 

Program ini dilaksanakan dalam 3 fasa : Fasa I (tahun 1), Fasa II (tahun 2 &3) dan Fasa III (tahun 4), dan dilaksanakan secara sistem terbuka (open system).

Fasa I dijalankan selama satu (1) tahun merangkumi 3 penempatan utama: Perubatan, Obstetrik& Ginekologi dan Pediatrik. Calon akan mengikuti latihan fasa I dan II (tahun 2) di hospital-hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peperiksaan professional bahagian 1 akan diadakan di akhir tahun 1. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa II.

Fasa II dijalankan selama dua (2) tahun. Pada tahun 2, calon akan menjalani latihan di 10 penempatan klinikal minor yang wajib, 1 penempatan elektif dan 1 kursus metodologi penyelidikan. Calon akan mengikuti latihan tahun 2 di hospital-hospital yang diiktiraf oleh UPM dan Kementerian Kesihatan. Pada tahun ketiga, calon akan menjalani latihan klinikal perubatan keluarga di Klinik Kesihatan, KKM dan Klinik Perubatan Keluarga HPUPM secara bergilir. Peperiksaan Profesional bahagian II akan dijalankan pada hujung tahun 3. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa III.

Pada tahun 4 (tahun akhir) calon akan meneruskan pengajian di klinik kesihatan, KKM. Calon juga dikehendaki menjalankan projek penyelidikan dan menghantar laporan projek tersebut. Pada akhir fasa III, calon diwajibkan menduduki dan lulus Peperiksaan Professional bahagian III sebelum dianugerahkan Master Perubatan (Perubatan Keluarga).

STRUKTUR KURIKULUM

FASA I : TAHUN 1


-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga peringkat tertiari: Perubatan Dalaman, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), dan Pediatrik.

-Penyediaan laporan kes klinikal (1 kes komentari)

-Peperiksaan Profesional Fasa I (teori 60% dan klinikal 40%)

FASA II: TAHUN 2 & TAHUN 3

-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga peringkat tertiari: Surgeri, Ortopedik, Otorinolaringologi, Oftalmologi, Trauma dan Kecemasan, Dermatologi, Radiologi, Penyakit Berjangkit, Perubatan Pemulihan, Geriatrik, Psikiatri, Perubatan Paliatif/Perubatan Sukan, Pengenalan kepada Metodologi Penyelidikan.

-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga di peringkat primer di Klinik Kesihatan.

-Peperiksaan Klinikal Fasa II (teori 40 % dan klinikal 60%)

FASA III: TAHUN 4

-Latihan di Klinik Kesihatan sebagai Pakar Perubatan Keluarga dalam latihan di bawah pengawasan.

-Pelaksanaan projek penyelidikan yang bermula dari Tahun 3.

-Penyediaan laporan kes klinikal (2 kes komentari keluarga).

-Penyediaan laporan disertasi.

-Peperiksaan Klinikal Fasa III 

 

SYARAT KEMASUKAN

Calon mestilah mempunyai kelulusan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan   Pembedahan (MBBS atau MBBCh) atau lain-lain ijazah doktor perubatan yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.

3. Berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah.

4. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Pegawai Perubatan.

5. Memenuhi syarat-syarat yang kemasukan yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).


YURAN

Struktur Yuran

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Profesor Madya Dr. Maliza Mawardi,  Jabatan Perubatan Keluarga

No Telefon              : +603-97692538