Master Surgeri (Ortopedik)

PENGENALAN

Program Master Surgeri (Ortopedik) ditawarkan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Ortopedik bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang Ortopedik sehingga menurunkan bilangan pakar Ortopedik kepada penduduk.

Program ini juga dapat menambah bilangan tenaga pengajar bagi program Doktor Perubatan dalam bidang Ortopedik dalam institusi Pengajian Awam atau swasta. Program ini turut menyediakan peluang peningkatan kemajuan dalam kerjaya kepada para pegawai surgeri di Malaysia dengan kewujudan lebih peluang latihan khusus kepakaran.

Program ini bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar Ortopedik yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan dalam bidang Ortopedik di Malaysia.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I: Tahun 1

  • Fasa I dikendalikan dalam tempoh satu (1) tahun. Fasa ini merangkumi Anatomi, Fisiologi, Patologi dan Ortopedik Asas.

 

Fasa II: Tahun 2

  • Fasa II dikendalikan dalam tempoh satu (1) tahun. Fasa ini mengandungi Ortopedik Am, Trauma, Surgeri Elektif dan Projek Penyelidikan.

 

Fasa III: Tahun 3 & 4

  • Fasa III dikendalikan selama dua (2) tahun. Fasa ini merangkumi Ortopedik Khusus dan Projek Penyelidikan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan program ini adalah seperti berikut:

  1. Calon mestilah mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  2. Calon juga mestilah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  3. Calon mesti mempunyai pengalaman klinikal tidak kurang dari dua (2) tahun selepas pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) di mana setahun mestilah di dalam bidang pembedahan yang mempunyai sekurang-kurangnya selama enam bulan pengalaman dalam bidang surgeri ortopedik
  4. Selain dari syarat-syarat di atas, calon dari luar negara juga dikehendaki
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai markah minima 600 untuk TOEFL dan 6.5 untuk IELTS
  • Mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan semakan universiti

    5. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM)

 

YURAN PENGAJIAN

Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program  :  Dr. Azammuddin bin Alias, Jabatan Ortopedik

Emel                         : azammuddin.alias@upm.edu.my