Master Perubatan (Anestesiologi)

 PENGENALAN

Program Master Perubatan (Anestesiologi) menawarkan Ijazah Master Perubatan (Anestesiologi). Program ini merangkumi 4 tahun sesi akademik yang membolehkan graduan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang anestesiologi dan ilmu yang mencukupi dalam subkepakarannya. Program ini bertujuan untuk melahirkan pakar anestesiologi yang cekap, berfikiran kritis serta mampu meneruskan pembelajaran perubatan secara pembelajaran kendiri. Selain itu, program ini bakal melahirkan pakar anestesiologi yang mempamerkan daya kemahiran dan kepimpinan dalam mengetuai pasukan resusitasi dan berfungsi sebagai ahli dalam memberi perkhidmatan anestesiologi dan rawatan rapi. Graduan Anestesiologi mempunyai akauntabiliti sosial dan bertindak sebagai pakar perunding bagi meningkatkan tahap kepakaran, amalan dan piawaian anestesiologi.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I: Tahun 1

  • Fasa I dikendalikan dalam tempoh satu (1) tahun. Fasa ini merangkumi Fisiologi, Farmakologi dan Anestesiologi Asas I.

 

Fasa II: Tahun 2 & 3

  • Fasa II dikendalikan dalam tempoh satu dan setengah (1 ½) tahun. Fasa ini mengandungi Anestesiologi Asas II, Anestesiologi Khusus I, Rawatan Rapi dan Projek Penyelidikan.

 

Fasa III: Tahun 3 & 4

  • Fasa III dikendalikan selama satu dan setengah (1 ½) tahun. Fasa ini merangkumi Anestesiologi Khusus II, Perubatan Am, Anestesiologi Lanjutan dan Aperentis Kanan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:

  1. Calon mestilah mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.
  2. Calon mestilah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
  3. Calon mesti mempunyai pengalaman klinikal dalam anestesia tidak kurang satu (1) tahun selepas pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  4. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM)

 

YURAN PENGAJIAN

Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Dr. Noor Airini Ibrahim

No Telefon              :  03-97692482