HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian

PENGENALAN

Program ini mendapat akreditasi dari Chartered Institute of Environmental Health (CIEH), UK 

Pelajar-pelajar program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains, sains kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan pekerjaan dan kesihatan komuniti. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran untuk memaksimakan potensi pembelajaran mereka.

 

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program [Program Educational Objectives (PEO)] Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan Dengan Kepujian adalah untuk melahirkan pegawai yang mempunyai ciri-ciri berikut:   

 

STRUKTUR KURIKULUM

Kurikulum program Bachelor Sains Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan dengan Kepujian dengan jumlah 143 jam kredit termasuk 2 jam kredit kokurikulum. Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Wajib, KursusTeras dan Kursus pilihan

Kursus Wajib (20 kredit)

Sebanyak 20 jam kredit yang merangkumi tujuh (7) kursus dan 2 jam kredit kursus kokurikulum perlu diambil oleh pelajar. Kursus yang diperuntukkan (mengikut ketetapan Universiti) ini terdiri daripada kursus kemanusiaan bagi memupuk nilai murni, etika dan moral serta kursus yang bertujuan membentuk kemahiran komunikasi dan keusahawanan yang penting kepada kemajuan kerjaya pelajar

Kursus Teras (117 kredit)

Kursus yang ditetapkan dalam program sebanyak 117 jam kredit untuk membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan

Kursus Pilihan (6 kredit)

Kursus pilihan merupakan kursus-kursus yang dapat memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar dan menyokong dalam aplikasi program Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan. Kursus Pilihan yang sebanyak 6 jam kredit ini termasuk 3 jam kredit kursus bahasa global.

 

KERJAYA

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagai :

  • Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pegawai Sains
  • Pegawai Penyelidikan
  • Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Perunding Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pensyarah/Pegawai Akademik

 

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON TEMPATAN)

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON ANTARABANGSA)

 

KADAR YURAN PENGAJIAN