Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik

Doktor Perubatan

Ortopedik Lanjutan (SPK 4112)
Pada tahun kelima, (Semester IX & X) pelajar akan diperkenalkan dengan Posting Ortopedik Lanjutan. Sesi pengajaran adalah selama 8 minggu. Pengajaran dalam kursus ini terdiri daripada kuliah, seminar, pengajaran bedsite, rondaan wad, sesi klinikal di klinik pesakit luar Ortopedik dan mematuhi prosedur dalam dewan pembedahan. Pelajar juga perlu menunjukkan prestasi kerja di wad di bawah pengawasan pensyarah. Dalam kursus ini juga, pelajar akan mengikuti tajuk-tajuk Fisioterapi, Terapi Pekerjaan, dan Reahabilitasi. Pelajar akan diselia oleh pensyarah dari Jabatan Ortopedik, UPM dan Pegawai Perubatan / Pakar / Perunding di Hospital Serdang. Tawaran kursus adalah mengikut Semester.

Pengenalan Ortopedik (SPK3111)
Pada tahun keempat, pelajar akan diperkenalkan untuk Posting Pengenalan Ortopedik. Sesi pengajaran adalah selama 2 minggu. Pengetahuan asas ini akan diteruskan dengan Posting Ortopedik Lanjutan pula selama 8 minggu yang dijadualkan apabila pelajar-pelajar ini berada di tahun akhir posting perubatan mereka. Posting ini akan merangkumi sejarah asas yang mengambil pesakit ortopedik yang berdasarkan pada sebahagian anggota badan yang terlibat dan pemeriksaan fizikal sistem muskuloskeletal. Ia juga akan merangkumi pendekatan diagnosis yang tepat dan penyelidikan yang berkaitan. Pelajar akan diselia oleh pensyarah dari Jabatan Ortopedik, UPM dan oleh Pegawai Perubatan / Pakar / Perunding Jabatan Ortopedik, Hospital Serdang. Tawaran kursus adalah mengikut Semester.

Kemalangan & Kecemasan (SPK3121)
Kemalangan dan kecemasan adalah situasi yang paling mencabar dalam bidang perubatan. Pendekatan tradisional tentang pengambilan sejarah, pemeriksaan, penyiasatan, dan sebagainya adalah jelas tidak sesuai dalam situasi kecemasan. Keperluan untuk rawatan segera menyelamatkan nyawa bukan sahaja meletakkan permintaan yang besar kepada kemahiran klinikal, tetapi juga mencabar karakter seorang doktor. Adalah menjadi harapan bahawa modul ini akan mendedahkan pelajar kepada cabaran-cabaran ini. Dalam tahun kelima, (Semester IX & X) pelajar akan dihantar ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan bagi giliran satu minggu dalam Posting Kemalangan & Kecemasan (A & E). Pengajaran dalam kursus ini terdiri daripada seminar dan sesi klinikal yang terdiri daripada pengajaran bedsite, rondaan wad dan membuat pembentangan kes di Jabatan Kecemasan Hospita Serdang. Pelajar juga dijangka menjalankan tugas klinikal di bawah pengawasan oleh kakitangan klinikal Jabatan Kecemsan, Hospital Serdang dan diselia oleh Penyelaras Posting Kemalangan & Kecemasan, FPSK UPM. Tawaran kursus adalah mengikut Semester

Program Master:
Master Surgeri (Orthopedik)

Program Master Surgeri (Ortopedik) ditawarkan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Ortopedik bagi memenuhi permintaan dalam negara terhadap sumber manusia professional yang mempunyai kepakaran dalam bidang ortopedik sekaligus menurunkan bilangan pakar ortopedik kepada penduduk  

Selain itu program ini juga dapat menambah bilangan tenaga pengajar bagi program Doktor Perubatan tertama dalam bidang ortopedik dalam Institusi Pengajian Awam atau swasta.

Dengan menyediakan peluang peningkatan kemajuan dalam kerjaya kepada para pegawai surgeri di Malaysia dengan kewujudan lebih peluang latihan khusus kepakaran. Program ini juga dapat mempertingkatkan bilangan pakar ortopedik yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan dalam bidang ortopedik di Malaysia.

Program 4 tahun akademik ini melibatkan 3 fasa akademik & latihan dalam perkhidmatan di hospital. Ia juga mengandungi kerja kursus, praktikal ortopedik, penulisan kes report dan disertasi.

Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (amirah.k)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017