Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik

Program Pra Siswazah

Jabatan Sains Bioperubatan terlibat dalam penyelarasan dan pengendalian Program Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) yang dikendalikan selama empat tahun. Jumlah jam kredit  kursus  dalam kurikulum yang sedia ada sebanyak  132 kredit manakala dalam kurikulum baharu, jumlah jam kredit  kursus  bertambah menjadi 145 kredit.  Kurikulum baharu  akan mula ditawarkan pada semua pelajar baharu mulai sesi pengajian tahun 2012/2013. Pelajar yang mengikuti kurikulum lama akan terus mengikuti kurikulum lama sehinggalah pelajar ini menamatkan pengajian.

Di peringkat Pra Siswazah yang mengikuti kurikulum baharu ini, semua pelajar perlu mengambil dan lulus Kursus dalam Modul Wajib (18 kredit), Modul Asas (27 kredit), Modul Profesional (73 kredit), Latihan Industri 12 kredit, Modul lain (15 kredit) dan Kokurikulum (2 kredit).  Kursus yang ditawarkan dalam module di atas merangkumi bidang fisiologi, biokimia, farmakologi, mikrobiologi, hematologi, epidemiologi,  biostatistik,  imunologi, Patologi, Genetik, Radiobiologi, Bioinformatik dan Sains Transfuse. Kursus  lain seperti  psikologi, Kemahiran Berfikir, Bahasa Melayu Tinggi, Kenegaraan, Pertanian dan Manusia. Asas Keusahawanan, hubungan etnik dan kemahiran Bahasa Inggeris turut diwajibkan kepada pelajar untuk mengambilnya bagi memantapkan asas pengetahuan supaya pelajar lebih bersedia dalam  membentuk masyarakat yang sihat selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Program Siswazah

Jabatan Sains Bioperubatan juga ada menawarkan program pengajian di peringkat Sarjana  (MSc) selama 2-3 tahun dan Doktor Falsafah (PhD) selama 3 - 4 tahun. Program ini dilaksanakan  dengan tesis di dalam beberapa  bidang seperti  berikut:

  • Genetik
  • Genetik Manusia
  • Biologi Molekul
  • Perubatan Molekul
  • Farmakologi dan Toksikologi
  • Fisiologi

Kemaskini Terakhir : Wed, 14 Aug 2013 (manraj)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017