Sesi Perkongsian Bersama Pelajar Baharu Kolej 17 - Dr Chee Hui Yee | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Sesi Perkongsian Bersama Pelajar Baharu Kolej 17 - Dr Chee Hui Yee

Sesi Perkongsian Bersama Pelajar Baharu Kolej 17 - Dr Chee Hui Yee


Sesi "Through the lens of international relief: Self-actualization and contribution"

 

4 November 2016
Oleh Zainal Hassan

 
SERDANG - Dr Chee Hui Yee, Pensyarah Kanan dari Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan telah mengadakan sesi perkongsian bersama pelajar baru Kolej 17 pada 4 November 2016.  Beliau telah berkongsi tentang pengalaman dan kepakaran beliau dalam menyertai International Relief kerjasama NGO di peringkat antarabangsa dibawah Tzu Chi Foundation.

Peserta menulis lima perkara penting dalam hidup mereka

Tajuk perkongsian ialah "Through the lens of international relief: Self-actualization and contribution". Beliau menggunakan lima teknik perkongsian iaitu melalui pengalaman (Stimulating aktiviti), Story-telling (video mengenai bencana alam dan bencana yang dibuat oleh manusia), Introspection (bertanya soalan berkaitan dengan video, bencana dan keadaan semasa), Reflection (pengalaman-pengalaman dalam International Relief) dan Life Practice (apa yang boleh pelajar universiti lakukan). Bantuan antarabangsa termasuk di Taifun Haiyan di Filipina, gempa bumi di Nepal, kem-kem pelarian Syria di Serbia dan kejadian banjir di Perancis.

Penerangan  tentang cara bermain dan tujuan permainan

Fotografi bersama para fasilitator
Di akhir perkongsian, beliau telah menjalankan simple game dan diiringi dengan lagu. Tujuan perkongsian adalah untuk menggalakkan remaja dan pelajar universiti untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan di samping belajar.

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdrizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEZVAd~