Program Kesihatan Anti Kudis Buta Di SMITA | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Program Kesihatan Anti Kudis Buta di SMITA

Program Kesihatan Anti Kudis Buta di SMITA

Program Kesihatan Anti Kudis Buta di SMITA

Oleh Zainal Hassan

TELUK INTAN , 20 Okt - Program Kesihatan Anti Kudis Buta dan Penyakit Berjangkit di Asrama oleh Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan telah diadakan di Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin (SMITA) Teluk Intan pada 20 Oktober 2016 yang melibatkan sejumlah hampir 200 pelajar dan para guru.

Program yang diketuai oleh Ketua Unit Parasitologi Perubatan Dr Ngah Zasmy Unyah itu telah diisi dengan aktiviti Ceramah Kesihatan, Saringan Kesihatan, Ceramah Kerjaya, Kuiz dan juga demonstrasi slaid mikroskopi dan bahan pameran. Sejumlah ubat-ubatan anti kudis buta dan penyakit kulit juga telah dipreskripkan kepada pelajar yang telah dikenalpasti.

Program ini melibatkan 4 kakitangan akademik termasuk Dr. Ngah, seorang kakitangan bukan akademik dan 5 calon PhD dan Sarjana. Aktiviti susulan insyaAllah akan diadakan pada Januari 2017.


Anti Kudis Buta


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdrizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEZRAj~