| FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Program Sukarelawan Beramal JKPP 2016

Program Sukarelawan Beramal JKPP 2016

Pada 16 Oktober 2016 yang baru lalu, telah berlangsung program “Sukarelawan Beramal JKPP 2016” di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Pusat yang menempatkan penghuni yang sebahagian besarnya warga emas yang tiada keluarga ini telah dibuka pada bulan Februari 2016. Pada masa ini, terdapat 35 orang penghuni pusat yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Seramai 54 orang pelajar Tahun 1 Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) diiringi 3 orang pensyarah jabatan telah bersama-sama turun padang untuk menjayakan program pada kali ini. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua program seumpamanya dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (JKPP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM di pusat ini. Program pertama telah diadakan pada bulan Mac lepas.

Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada kehidupan penghuni yang tidak berkeupayaan menjaga diri setelah keluar dari hospital, memupuk sifat sukarelawan dan gotong royong dikalangan pelajar dan memantapkan kemahiran komunikasi dalam diri setiap ahli yang menyertai program ini semasa berinteraksi dengan para penghuni pusat  ini yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan kawasan luar dan dalam pusat jagaan, menanam pokok dan makan tengahari bersama.  Selain itu, diadakan aktiviti nyanyian dan tarian serta interaksi aktif dalam bentuk bercerita pengalaman lalu oleh penghuni yang tekun didengar oleh pelajar. Adalah diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan disertai oleh warga fakulti lain nya untuk kebaikan bersama. Pihak penganjur ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada kali ini.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
Pelajar-Pelajar Tahun 1 BSKPP yang terlibat dalam Program Sukarelawan di Rumah Mahmudah

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14657387_1124957767592057_5288385044874755283_n.jpg?oh=fdcabeeb8bacb72c5c9053495fb982d8&oe=588B9E17

Dari kiri: Penyelaras aktiviti pelajar, pengurus rumah Jagaan Mahmudah dan Ketua Jabatan

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14715508_1124958177592016_3386461652199020090_o.jpg


https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14633209_1124958617591972_8994312564277746374_o.jpg 

Sesi Interaksi Pelajar Bersama Penghuni Rumah Mahmudah



SXDdQAu~