Laporan Mengenai DSA 2016 CBRNE Forum Programme | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Laporan mengenai DSA 2016 CBRNE Forum Programme

Laporan mengenai DSA 2016 CBRNE Forum Programme

Dr Suhainizam (tengah) dan pelajar-pelajar Doktor Kesihatan Awam (DrPH) UPM

 

LAPORAN MENGENAI 'DSA 2016 CBRNE FORUM PROGRAMME'
19 APRIL 2016
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

'Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference 2016' telah diadakan dari 18 hingga 21 April 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada tahun ini dan menandakan edisi ke-15 dalam sejarah 28 tahun pameran dan dijangka salah satu yang terbaik dan terbesar setakat ini.

 

Perubatan atau penjagaan kesihatan di medan pertempuran telah menjadi salah satu topik utama DSA sejak 2008. Dengan tema yang masih sangat relevan dalam sektor pertahanan, DSA 2016 sekali lagi memaparkan pameran yang berkaitan dengan bidang ini. DSA mempunyai kehadiran 'Surgeon Generals' yang paling tinggi di pameran pertahanan peringkat global. CBRNE sekali lagi telah dibincangkan melalui 'CBRNE Forum Programme' semasa DSA 2016.


Ucapan aluan telah diberikan oleh Lt Gen Datuk (Dr) Abd Razak Md Yusoff, Ketua Pengarah, Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia dan 'CBRNE Forum Programme' telah dirasmikan oleh Lt Gen Dato' Sri Haji Sabri Adam (TUDM), Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Diantara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Topik 1 : 'Civil Military Interoperability' oleh Brig Gen (Dr) Mohd Amin Muslan

Topik 2 : 'Future Decontamination Capabilities for Wounded Personnel. A conceptual and technological approach' oleh Col (R) Wolfgang Widders

Topik 3 : 'Economic Feasibility of Medical Countermeasures againts Rare, but Highly Dengerous CBRN Agents' oleh Mr Mark Johnson

Topik 4 : 'CBRN Trainning Opportunities' oleh Prof Madya Col Dr Victor Feisal Knight (Ret)

 

Dilaporkan oleh:

Dr Suhainizam Muhammad Saliluddin

Ketua Unit Perubatan Persekitaran

Jabatan Kesihatan Komuniti


Tarikh Input: | Kemaskini: | ahmadmustafa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEUHA3~