Malaysia Hasilkan Juruteknik Pakar Selidik Leptospirosis | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Malaysia Hasilkan Juruteknik Pakar Selidik Leptospirosis

Malaysia Hasilkan Juruteknik Pakar Selidik Leptospirosis

Malaysia Hasilkan Juruteknik Pakar Selidik Leptospirosis

Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani
bhnews@bh.com.my

SERDANG, 4 Okt - Malaysia menerusi Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bakal melahirkan juruteknik makmal terlatih menjalankan penyelidikan leptospirosis (kencing tikus).

Ia akan dinilai pada bengkel penyakit kencing tikus 'Global Leptospirosis Environmental Action (GLEAN) dan Malaysia Leptospirosis Research Network (MYLEPTO) 2016' di UPM, bermula hari ini hingga 10 Oktober ini.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa) UPM, Prof Dr Zamberi Sekawi, berkata bengkel terbabit membincangkan beberapa isu berkaitan leptospirosis dan proses pengesanannya yang turut disertai wakil Asia Tenggara.

"Bengkel ini adalah kerjasama di peringkat antarabangsa yang memberi fokus penyelidikan leptospirosis yang mana statistik penyakit menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"UPM, UKM dan USM akan membentangkan projek kajian penyelidikan leptospirosis yang dilakukan selama tiga tahun dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

"Penyelidikan dilakukan di Selangor dan Kelantan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Projek Penyelidikan berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi memperuntukkan RM4.7 juta dalam menjalankan proses penyelidikan itu.

Katanya, cabaran dialami pihak makmal adalah diagnosis awal, rawatan, pencegahan dan kawasan persekitaran yang tercemar dengan tikus serta haiwan lain.

"Tanda awal leptospirosis seakan sama dengan demam dan selsema. Bukan tikus sahaja menjadi punca leptospirosis kerana haiwan lain seperti lembu serta kerbau juga boleh menjadi faktor manusia dijangkiti bakteria yang dipanggil pathogen.

"Bakteria pathogen keluar melalui kencing haiwan terbabit dan itu sebabnya ramai daripada mereka yang dijangkiti penyakit ini mendapatnya di kawasan air terjun atau jeram," katanya.

Sumber : www.bharian.com.my

Artikel dan video berkaitan :

  1. www.thestar.com.my
  2. www.sinchew.com.my
  3. www.youtube.com

GLEAN MyLepto 2016


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEUQAH~