| FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Program “Ceria Sihat KPP Bersama Warga Penderas 2016”

Program “Ceria Sihat KPP Bersama Warga Penderas 2016”

Program “Ceria Sihat KPP Bersama Warga Penderas” merupakan satu aktiviti tahunan berunsur sukarela yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK sejak tahun 2013. Pada tahun ini, program telah diadakan dari 18 hingga 20 November, 2016 di SK Penderas, Kuala Krau, Pahang Darul Makmur. Untuk pengetahuan semua, SK Penderas telah dijadikan sekolah angkat fakulti mulai 17 Jun 2016.  Program kali in disertai oleh Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi yang diketuai oleh ketua jabatannya, Prof. Madya Dr. Soh Kim Lam bersama-sama pegawai akademik dan staf sokongan. Seramai 60 orang pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan 25 orang pelajar Bacelor Kejururawatan turut serta memeriahkan program kali ini. Kumpulan sasaran ialah pelajar Orang Asli berumur 7 hingga 12 tahun dan juga Orang Asli dewasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan dan pendidikan kesihatan untuk orang dewasa serta “Home Visit”. Untuk pelajar sekolah, aktiviti bertemakan sains, kesihatan dan persekitaran telah dijalankan. Acara khas tahun ini adalah penanaman pokok cili serta pokok durian belanda yang didatangkan khas dari UPM. Upacara penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Norhaizan Mohd Esa, Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar). Pihak sekolah diwakili oleh Guru Besar, YBrs. Encik Zambrie bin Mohammed, beserta Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), YBrs. Tn. Hj. Mohd Nordin Mohd Noor. Dalam upacara yang sama, YBhg. Timbalan Dekan telah menyampaikan “Sijil Pengiktirafan Sebagai Sekolah Angkat FPSK UPM” kepada YBrs. Guru Besar. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan di masa yang akan datang pagi memantapkan kemahiran-kemahiran perlu untuk mahasiswa di samping mendekatkan lagi hubungan antara fakulti, sekolah dan masyarakat Orang Asli setempat. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak pengurusan fakulti, pihak sekolah dan semua individu yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini.

Disediakan oleh:

Dr. Shaharuddin Mohd Sham
Pengarah Program

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
UPACARA SIMBOLIK PENANAMAN POKOK DURIAN BELANDA OLEH TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK SAINS KESIHATAN DAN HEPA), PROF. MADYA DR. NORHAIZAN MOHD ESA.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14657387_1124957767592057_5288385044874755283_n.jpg?oh=fdcabeeb8bacb72c5c9053495fb982d8&oe=588B9E17

PEMBERIAN HADIAH BERUPA HAMPER OLEH GURU BESAR SEKOLAH KEPADA PARA PEMENANG


https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14633209_1124958617591972_8994312564277746374_o.jpg 

SEORANG PESERTA MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA AKTIVITI BERKUMPULAN

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
PARA PESERTA MENDENGAR DENGAN TEKUN PENERANGAN MENGENAI SISTEM SURIA OLEH FASILITATOR

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
AKTIVITI BERKUMPULAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH DAN FASILITATOR

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
MAHASISWA MENANAM POKOK CILI YANG DIBAWA KHAS DARIPADA UPM

 

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
AKTIVITI SENAM ROBIK DI WAKTU PAGI

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
AKTIVITI SARINGAN KESIHATAN OLEH PELAJAR BACELOR KEJURURAWATAN

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg
“HOME VISIT” OLEH STAF DAN PELAJAR JABATAN KEJURURAWATAN DAN REHABILITASI

 

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/14753388_1124957577592076_5007166292351737472_o.jpg

ACARA PENYERAHAN “SIJIL PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SEKOLAH ANGKAT FPSK UPM” OLEH TIMBALAN DEKAN KEPADA GURU BESAR SK PENDERAS

 

 


SXDdAAq~