Pengenalan

 

PENGENALAN

Jabatan Kesihatan Komuniti ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang Kesihatan Komuniti di pelbagai peringkat komuniti di bandar dan luar bandar. Pengajaran meliputi pengenalpastian faktor yang mempengaruhi penyakit dan kejadiannya dalam kalangan komuniti, tingkah laku, organisasi, masalah kesihatan di komuniti, aktiviti dan program kawalan dan pencegahan, dan lain-lain aspek disiplin kesihatan awam.  Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan kepada tiga peringkat pencegahan penyakit iaitu meliputi peringkat pencegahan primer, peringkat pencegahan sekunder dan peringkat pencegahan tertier. Dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan, penglibatan komuniti diutamakan kerana setiap aspek kehidupan, sama ada persekitaran fizikal, mental, sosial, dan budaya saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Bidang Kesihatan Komuniti masa kini tidak lagi dilihat sebagai terarah kepada penyakit semata-mata, bahkan telah pesat berkembang untuk meliputi konsep kesejahteraan komuniti. Oleh yang demikian, bidang Kesihatan Komuniti perlu dilihat sebagai sesuatu disiplin yang bersifat holistik dan bersepadu. Memandangkan status kesihatan individu dan komuniti dipengaruhi oleh perlakuan, sikap, dan kepercayaan secara kolektif, pelbagai isu dalam kesihatan komuniti perlu diterokai melalui penyelidikan dan perundingan komuniti. Menyedari bahawa kegiatan berteraskan komuniti berubah mengikut teknologi dan nilai sosial, pendekatan dan strategi yang digunakan dalam memenuhi tujuan jabatan haruslah bersesuai dengan perubahan teknologi dan nilai sosial semasa.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang perubatan kesihatan awam.

MISI

Membudayakan pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan bertaraf antarabangsa dan perkhidmatan berimpak berteraskan komuniti.

MATLAMAT

Matlamat Jabatan Kesihatan Komuniti adalah:

  • Untuk menghasilkan graduan pra siswazah dan pasca siswazah yang berkualiti, berdayasaing dan mempunyai jati diri melalui pembelajaran sepanjang hayat di dalam bidang Perubatan Kesihatan Komuniti.
  • Untuk memperkaya sistem pengurusan kualiti bidang Perubatan Kesihatan Komuniti yang berkesan, efisien, telus dan mesra pelanggan.
  • Untuk mempromosi penyelidikan dan penerbitan perubatan kesihatan komuniti.
  • Untuk mempromosi perkhidmatan professional dan perundingan perubatan kesihatan awam.
  • Untuk mewujudkan pusat kecemerlangan di dalam bidang Perubatan Kesihatan Awam di jabatan.

 

Struktur Organisasi

Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Norliza Ahmad

Ketua Unit :

  • Unit Pengurusan Penjagaan Kesihatan : Dr. Aidalina Mahmud
  • Unit Epidemiologi dan Biostatistik : Dr. Ahmad Zaid Fattah Azman
  • Unit Kesihatan Keluarga : Dr. Fatimah Ahmad Fauzi
  • Unit Promosi Kesihatan : Dr. Ahmad Iqmer Nashriq Mohd Nazan
  • Unit Perubatan Pekerjaan: Prof. Madya Dr. Anita Abdul Rahman
  • Unit Perubatan Persekitaran : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin

 

Carta Organisasi Jabatan Kesihatan Komuniti

 

Penyelaras Program

  • Penyelaras Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH) : Dr. Rahmat Dapari
  • Penyelaras Program Master Kesihatan Awam (MPH) : Dr. Zawiah Mansor
  • Penyelaras Program Master Sains dan Doktor Falsafah :  Dr. Ahmad Iqmer Nashriq Mohd Nazan
  • Penyelaras SPH3981 Posting Perubatan Komuniti (Program Doktor Perubatan - Tahun 4) : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin
  • Penyelaras Fasa 1 MDR3105 (Program Doktor Perubatan) : Prof. Madya Dr. Ahmad Azuhairi Ariffin
  • Penyelaras Modul MDR3201 (Program Doktor Perubatan - Tahun 2) : Dr. Siti Aisah Mokhtar
  • Penyelaras Modul MDR3901 (Program Doktor Perubatan - Tahun 2) : Prof. Dr. Kulanthayan K.C. Mani
  • Penyelaras Modul MDR3104 (Program Doktor Perubatan - Tahun 2) : Dr. Ahmad Iqmer Nashriq Mohd Nazan

 

Penyelaras Jaringan Industri dan Komuniti Jabatan : Prof. Dr. Kulanthayan K.C. Mani

 

Lihat video pengenalan Jabatan Kesihatan Komuniti

https://www.youtube.com/watch?v=1Tjt_GFHX80


KETUA JABATAN TERDAHULU

  • Kol (B) Dr Long Seh Chin (1999-2001)
  • Prof. Dr Mohd Yunus Abdullah (2001-2006)
  • Prof. Madya Dr. Hejar Abdul Rahman (2006-2009)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Yusoff Adon (2009 – 2010)
  • Prof. Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya (2010 – 2011)
  • Prof. Madya Dr. Muhamad Hanafiah Juni (2011 - 2017)
  • Prof. Madya Dr. Nor Afiah Mohd Zulkefli (2017 - 2020)
  • Prof. Madya Dr. Rosliza Abdul Manaf (2020 - 2021)

 

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Komuniti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No. Telefon : +603-97692424

No. Faks : +603-97692425

 https://www.facebook.com/jkk.fpsk.upm