Kemudahan

Jabatan perubatan keluarga mempunyai satu makmal pengajaran. Anggota akademik di jabatan ini telah banyak melibatkan diri mereka dengan penyelidikan dengan memegang bantuan penyelidikan (grant) dan juga kolobrasi dengan pihak lain dari dalam dan juga luar negeri.

Makmal Perubatan Keluarga ditubuhkan dengan tujuan untuk memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran konsultasi, komunikasi dan kaunseling pelajar siswazah dan pascasiswazah dalam bidang Perubatan Keluarga di samping aktiviti penyeliaan. Makmal jabatan ini juga bertujuan untuk melicinkan perjalanan aktiviti latihan penyelidikan dan kolaborasi penyelidikan bersama agensi lain dalam bidang Perubatan Keluarga yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan. Ianya juga memudahkan aktiviti khidmat perundingan perubatan keluarga.   Makmal Perubatan Keluarga mempunyai komputer, bilik mesyuarat, ruang ofis, ruang kerja, bilik konsultasi  dua hala yang dilengkapi cermin dua hala, alat pembesar suara dan alat perakam video.


MAKMAL PENGAJARAN  

Makmal Perubatan Keluarga

Lokasi Makmal   : Tingkat 7 Blok Makmal D
Nama penyelia   : Prof. Dr. Sazlina Shariff Ghazali
PYB Makmal      : En. Roslan Yusoff