Penyelidikan

Bidang perubatan keluarga adalah satu bidang pengkhususan dalam perubatan yang menawarkan penjagaan kesihatan secara berterusan dan komprehensif kepada individu dan keluarga. Ia adalah satu bidang yang umum tetapi mengintegrasikan sains biological, klinikal dan tingkah laku. Skop perawatan perubatan keluarga merangkumi kesemua peringkat umur, kedua-dua jantina, setiap system organ dalam badan dan kesemua entity penyakit. Semua kakitangan akademik telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang penyelidikan. Kakitangan-kakitangan akademik jabatan memegang beberapa geran dan berkerjasama dengan agensi-agensi yang lain termasuk universiti lain, Kementerian Kesihatan dan Pusat Penyelidikan Klinikal Kuala Lumpur dalam pelbagai bidang penyelidikan. Bidang-bidang penyelidikan yang terlibat terutamanya dalam bidang rawatan utama atau perubatan keluarga. Ini termasuk penyelidikan dalam diabetes mellitus, hipertensi,chronic obstructive airway disease, kanser payudara, program methadone dan lain- lain. Beberapa ahli Jabatan juga merupakan ahli kumpulan penyelidik Institut Gerontologi dan makmal MAKNA. Maklumat bidang penyelidikan terperinci ahli Jabatan adalah seperti yang tertera.

Fokus penyelidikan: Jabatan memberi sokongan, menjalankan dan menyebarkan penyelidikan perawatan utama berdasarkan amalan yang dapat memperbaiki perawatan dan memberi manfaat kesihatan pesakit, keluarga mereka dan komuniti. Dengan itu, ahli Jabatan kami terlibat secara langsung dalam penyelidikan perawatan utama berdasarkan amalan untuk menambah pengetahuan dan memberi penjagaan kesihatan terbaik kepada semua peringkat masyarakat.

Bidang penyelidikan

Ahli Jabatan terlibat dalam menjalankan pelbagai penyelidikan Perubatan Keluarga termasuk:

  • Penjagaan dalam penyakit kronik
  • Pendidikan perubatan
  • Kesihatan reproduktif
  • Kesihatan mental
  • Kardio-respiratori
  • Kesihatan geriatrik
  • Penyelidikan kesihata secara kualitatif

BIDANG PENYELIDIKAN PENSYARAH PENSYARAH DI JABATAN PERUBATAN KELUARGA

 

Pensyarah

Bidang penyelidikan

 1

Prof. Madya Dr Sazlina Shariff Ghazali

  • Geriatrik komuniti
  • Pengurusan diri dalam perawatan penyakit kronik
  • Perubatan gaya hidup
  • Promosi kesihatan sokongan rakan sebaya

 2

Prof. Madya Dr Adibah Hanim Daud

  • Masalah sexual wanita
  • Kesihatan remaja
  • Penyakit kronik (diabetis, darah tinggi, asma, penyakit jantung dan obesiti)

 3

Prof. Madya Dr Lee Ping Yien

  • Penyakit kronik (diabetis, darah tinggi, asma, penyakit jantung dan obesiti)
  • Shared decision making, risalah bantuan membuat keputusan perubatan dan perawatan untuk pesakit.
  • Penggunaan laman web dan telefon untuk pencarian maklumat kesihatan
  • Saringan penyakit psikologi

 4

Prof. Madya Dr Cheong Ai Thing

  • Kesihatan pencegahan (penyakit jantung, kelakuan terhadap penerimaan saringan kesihatan)
  • Penyakit kronik (diabetis, darah tinggi, asma, penyakit jantung dan obesiti)
  • Promosi kesihatan
  • Kesihatan wanita.

 5

Prof. Madya Dr Chew Boon How

  • Diabetis
  • Pengurusan penyakit kronik
  • Perawatan kesihatan di fasiliti primer
  • Pendidikan kesihatan

 6

Dr Irmi Zarina Ismail

  • Penyakit kronik
  • Kesihatan wanita (perancangan keluarga, papsmear)
  • Penyelidikan kesihatan kualitatif
  • Kanser payudara
  • Kesihatan mental

 7

Dr Faezah Hassan

  • Penyelidikan kesihatan kualitatif
  • Kesihatan Mental
  • Pengurusan penyakit kronik
  • Harm reduction
  • Kesihatan wanita

 8

Dr Ching Siew Mooi

  • Penyakit kronik (diabetis, darah tinggi, strok, obesity, penyakit jantung dan buah pinggang)
  • Penggunaan perubatan alternatif
  • Ketagihan Smartphone
  • Penjagaan warga emas

 9

Dr Maliza Mawardi

  • Kesihatan wanita
  • Penyakit kronik
  • Penjagaan kesihatan psikologi

 10

Dr Dayangku Hayaty bt Awg Dzulkarnain

  • kaunseling genetik
  • Thalassemia
  • Penyakit kronik (asma dan diabetis)

 11

Dr Nurainul Hana Shamsuddin

  • Paediatrik komuniti
  • Kesihatan ibu mengandung
  • Pendidikan perubatan
  • Penyakit kronik (Diabetes & obesiti)

 12

Dr Puteri Shanaz Jahn Kassim

  • Pendidikan perubatan
  • Penyusuan dan laktasi manusia
  • Etika Perubatan

 13

Dr Aneesa bt Abd Rasyid

  • Kesihatan remaja
  • Penyakit kronik

 14

Dr Hanisyahida bt Salim

  • Penyakit kronik (Asma, penyakit jantung dan strok)
  • Genetik di kesihatan Primer
  • Teknologi maklumat di bidang kesihatan dan E-Kesihatan.
  • Etika perubatan
  • Pendidikan dewasa

 15

Dr Hanifatiyah bt Ali

  • Kesihatan wanita
  • Penyakit kronik