Program Akademik

Program Akademik

Untuk menyediakan latihan teori dan praktikal untuk ijazah, pelajar pasca siswazah dan pelajar / radiographer atau pelatih pengimejan diagnostik Universiti Putra Malaysia.

Sarjana Muda

Jabatan Pengimejan memainkan peranan penting untuk bersama-sama menawarkan Program Doktor Perubatan dengan jabatan-jabatan klinikal yang lain di fakulti. Maklumat lanjut mengenai Program Doktor Perubatan yang ditawarkan oleh fakulti boleh diakses dari laman web Program Akademik.

1) SPP3222: Pengenalan Pengimejan Perubatan (Tahun 1)
2) SPP3522: Sistem Urinari (Tahun 1)
3) SPP3532: Sistem Kardiovaskular (Tahun 1)
4) SPP3542: Sistem Respiratori (Tahun 1)
5) SPK3011: Early Clinical Experience (Tahun 1 dan 2)
6) SPP3511: Modul Muskuloskeletal (Tahun 2)
7) SPP3561: Modul Endokrin (Tahun 2)
8) SPP3591: Problem Based Learning (Tahun 1 dan 2)
9) SPK3924: Radiologi Pengenalan (Tahun 3)
10) SPK3941: Radiologi Paediatrik (Tahun 4)
11) SPK4212: Perubatan Lanjutan (Tahun 5)
12) SPK4313: Surgeri Lanjutan (Tahun 5)

Kursus ini merangkumi asas-asas dalam kaedah pengimejan yang berbeza termasuk biohazard sinaran dan perlindungan, aspek prosedur pemeriksaan, indikasi dan kontraindikasi klinikal. Ia juga meliputi tafsiran imej radiologi yang normal dan tidak normal.

 Pasca Siswazah

Jabatan ini ada menawarkan program pengajian di peringkat Sarjana  (MSc) selama 2-3 tahun dan Doktor Falsafah (PhD) selama 3 - 4 tahun. Program ini dilaksanakan  dengan tesis di dalam beberapa  bidang seperti  berikut:

  • Perubatan Informatik Gunaan and Radiologi Penyakit Wanita
  • Pemprosesan Imej dan Computer Aided Diagnosis
  • Neuroradiologi
  • Radiologi Forensik
  • Mammografi
  • Radiologi Intervensi
  • Perubatan Nuklear
  • CT dan MRI Kardiak
  • Radiologi Peadiatrik
  • Fizik Gunaan (Dosimetri)

Jabatan ini juga merancang untuk menawarkan program siswazah profesional, Sarjana Perubatan (Radiologi) pada bulan Jun 2015.  Program ini juga akan mendapat pengiktirafan dan akreditasi dari pelbagai badan profesional.