Program Akademik

Pra Siswazah :

  • DOKTOR PERUBATAN



PROGRAM DOKTOR PERUBATAN
(Maklumat disediakan oleh Cik Norhayati S.M Ariff@Hamid)
 

Pengenalan Perubatan : SPK 3921 (Tahun 3)

Kursus ini merangkumi pengambilan riwayat pesakit yang baik, pemeriksaan sistematik sistem saraf pusat dan periferi, sistem respiratori, sistem gastrousus, sistem urinari, sistem kardiovaskular dan sendi. Prosedua wad asas seperti punktur vena, mamasang drip dan merekodkan elektrokardiografi juga disentuh.

 

Penjagaan Kesihatan Warga Tua : SPK 3923 (Tahun 3)

Kursus ini merangkumi demografi penuaan, pentaksiran pesakit tua, prinsip perubatan geriatrik, masalah psikologi semasa tua, jatuh, lumpuh dan rehabilitasi dan kematian dan nazak. Ia juga meliputi etika dan sifat profesional dalam menangani masalah pesakit tua serta kepentingan penuaan yang sihat dan penuh bermakna.

 

Perubatan Lanjutan : SPK 4922 (Tahun 5)

Kursus ini meliputi latihan dalam aspek yang lebih mendalam mengenai pengambilan riwayat pesakit dan pemeriksaan fizikal, cara yang rasional dalam penyelesaian dan pengendalian masalah klinikal, aspek terapeutik dalam bidang perubatan dan prosedur rawatan di dalam wad.

 

Kemalangan Dan Kecemasan : SPK 4913 (Tahun 5)

Kursus ini merangkumi prinsip-prinsip pencegahan, diagnosis dan pengurusan aspek akut dan kecemasan sesuatu penyakit dan kecederaan yang melibatkan pesakit-pesakit pada semua peringkat umur. Kursus ini menekankan kepentingan komunikasi dan kerjasama yang baik dengan unit klinikal lain untuk kesinambungan pengurusan pesakit. Selain daripada itu, ia juga mendedahkan pelajar kepada peranan lain jabatan kecemasan termasuk penjagaan pra-hospital dan pengurusan bencana.