Pengenalan

Ketua Jabatan Kejururawatan 

KETUA JABATAN KEJURURAWATAN
   

 

  Dr. Salimah Binti Japar
  Emel : j_salimah@upm.edu.my
  Tel.   : 03 9769 2429/2441

 


Pada tahun 1999, Unit Kejururawatan telah ditubuhkan dan beroperasi di bawah Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan dari tahun 1999 sehingga 2002. Pada tahun 2002, ianya diletakkan dibawah Jabatan Kesihatan Komuniti sehingga tahun 2008 di mana ianya berpindah ke Jabatan Perubatan sehingga tahun 2015. Unit Kejururawatan dinaikkan taraf sebagai Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi pada 1 Ogos 2015. Pada Oktober 2020, Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi telah diasingkan menjadi Jabatan Kejururawatan dan Jabatan Rehabilitasi.

Jabatan Kejururawatan mengendalikan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang Kejururawatan. Pengajaran meliputi segala aspek dalam memberi penjagaan kejururawatan holistik kepada semua pesakit di hospital dan juga memberi jagaan kesihatan keluarga serta kesihatan awam. Jabatan ini juga berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi swasta untuk memberi latihan klinikal kepada pelajar bidang kejururawatan. Selain daripada itu, Jabatan ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti seperti program mobiliti pelajar dan kolaborasi penyelidikan.

Salah satu visi dan misi universiti adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan mengukuhkan status UPM sebagai universiti penyelidikan. Maka dengan itu, Jabatan Kejururawatan memberi penekanan dalam penyelidikan dan pengajian pascasiswazah. Aspirasi kami adalah untuk memupuk budaya penyelidikan yang kolaboratif dan dinamik, dengan fokus untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti.

Carta Organisasi