KETUA JABATAN |
|
Jabatan Ortopedik dahulunya dikenali sebagai Unit Ortopedik di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 unit ini telah diberikan status jabatan. Pada masa ini jabatan mempunyai 7 unit.
Jabatan ini terletak di Kampus Serdang Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan. Terdapat tiga program Perubatan pra-siswazah iaitu Ortopedik Lanjutan (SPK4912), Ortopedik Pengenalan (MDR3210) dan Perubatan Sukan (SPK4925). Jabatan ini juga menawarkan Program Master Surgeri (Ortopedik) sejak tahun 2013.
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pakar-pakar Ortopedik untuk memenuhi permintaan yang tinggi sektor awam dan swasta. Selain dari pengajaran prasiswazah, perkhidmatan dan kerja-kerja kemasyarakatan, staf-staf jabatan juga terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan pasca siswazah.
Ketua Jabatan terdahulu
- Prof. Madya Dato’ Dr. K. Selva Kumar a/l A. Kanagarajah (2005-2011)
- Dr. Zanariah bt Othman (2011- Januari 2012)
- Prof. Dr. Sharifah Roohi Syed Waseem Ahmad (Februari 2012-2015)
- Prof. Dr. Manohar Arumugam (2015-2022)
Struktur Organisasi
Ketua Jabatan : Dr. Fahrudin Che Hamzah
Ketua Unit :
1. Unit Advance Musculoskeletal Traumatology : Dr. Ashraf Hakim bin Ab Halim
2. Unit Arthroplasty : Dr. Fahrudin bin Che Hamzah
3. Unit Foot and Ankle Surgery : Dr. Khairil Anuar bin Ahmad Hanif
4. Unit Hand and Microsurgery : Prof. Dr. Manohar Arumugam
5. Unit Paediatric Orthopaedic : Dr. Imma Isniza Ismail
6. Unit Spine Surgery : Dr. Hezery Harun
7. Unit Sport Injuries and Arthroscopy: Prof. Madya Dr. Mohd Nizlan Bin Mohd Nasir
Hubungi
- No. Telefon : 03-9769 2637