Program Akademik

PROGRAM DOKTOR PERUBATAN

Jabatan Pediatrik telah memperkenalkan beberapa modul untuk Program Doktor Perubatan:

a) SPK 3941 : PEDIATRIK PENGENALAN (Tahun 4)

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada pediatrik am, kemahiran asas pengambilan riwayat perubatan dan pemantapan teknik asas pemeriksaan fizikal di dalam konteks pesakit kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan kepada pelbagai sub-kepakaran pediatrik dan lawatan ke pusat berlandaskan komuniti iaitu klinik kesihatan ibu dan anak.

b) SPK 4942 : PEDIATRIK LANJUTAN (Tahun 5)

Kursus ini merangkumi pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal pesakit am pediatrik, pendekatan yang rasional terhadap  penyiasatan dan pengendalian masalah klinikal serta prosedur terapeutik di klinik dan wad pediatrik. Kursus ini juga merangkumi bidang neonatologi.
 

PROGRAM MASTER PERUBATAN (PEDIATRIK)

Kemasukan pelajar Program Master Perubatan (Pediatrik) bagi sesi pertama telah bermula pada November 2012.

Nama Kursus                            : Master Perubatan (Pediatrik) 

Pengkhususan                           : Pediatrik Umum 

Kaedah Pengajaran/Pengajian      : Kerja kursus bersama projek penyelidikan 

Tempoh                                   : 4 tahun 

Pra-syarat/kriteria kemasukan   :

1. Mempunyai Ijazah Pertama Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) 
    atau ijazah yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan disahkan oleh Senat.
2. Lulus dalam Penilaian Kemasukan (Peperiksaan Fasa I) adalah sah selama dua tahun untuk mendaftar ke program
    ini.
3. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas pendaftaran penuh dengan Majlis
    Perubatan Malaysia.
4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh UPM.