Penyelidikan

Gambaran Keseluruhan

Kesihatan mental dan penyelidikan dalam bidang sains tingkahlaku telah menjadi bidang yang penting dalam perubatan. Penyelidikan dalam bidang-bidang ini memberi tumpuan kepada pendekatan holistik dalam pengurusan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental dan juga mempromosi kesejahteraan kesihatan mental. Di samping itu, ia juga mengambilkira hubungan antara kesihatan mental dan sains tingkah laku dalam aspek pencegahan masalah kesihatan mental. Pendekatan rawatan adalah berdasarkan aspek biopsikososial kesejahteraan mental.

Sebuah makmal sains tingkahlaku telah diwujudkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan selain penyelidikan di lapangan. Penyelidikan di sini melibatkan ahli-ahli dari pelbagai bidang kepakaran (pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal, doktor penjagaan primer).

Adalah diharapkan bidang penyelidikan ini akan

  • memperbaiki perkhidmatan kesihatan mental
  • melengkapkan pensyarah dengan pengetahuan penting dalam penyelidikan kesihatan mental
  • meningkatkan pembinaan kapasiti kepakaran dalam penyelidikan kesihatan mental
  • memenuhi keperluan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang kesihatan mental

Bidang Penyelidikan
1. Kesihatan Mental Komuniti
2. Kesihatan tingkahlaku berisiko
3. Isu kesihatan mental kanak-kanak dan remaja
4. Psikiatri Perhubungan-kanser dan penyakit kronik
5. Farmakoterapi
6. Pengurusan psikologi sakit kronik
7. Intervensi Psikologi

  • Terapi kognitif tingkahlaku (CBT)
  • Terapi pemulihan kognitif (CRT)
  • Psikoterapi psikodinamik

Ahli-ahli kumpulan dengan bidang pengkhususan

  • Profesor Dr. Hj. Azhar Md Zain - Pakar Perunding Kanan Psikiatri/Terapi kognitif tingkahlaku (CBT)
  • Profesor Dr Sherina Mohd Sidik – Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga/Kesihatan Mental Komuniti
  • Profesor Madya Dr Brian Ho Kong Wai - Pakar Perunding Psikiatri/Psikoterapi Psikodinamik
  • Profesor Madya Dr Noorjan @ Khin Ohnmar Naing- Pakar Perunding Psikiatri/Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
  • Profesor Madya Dr. Hamidin Awang - Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
  • Profesor Madya Dr. Normala Ibrahim - Pakar Perunding Psikiatri Am/Kesihatan Komuniti
  • Dr. Bharathi Vengadasalam - Pensyarah Perubatan Kanan/Psikiatri Warga Emas
  • Dr. Nik Shaliza Husin - Pensyarah Perubatan Kanan/Psikiatri Perhubungan
  • Dr. Phang Cheng Kar - Pensyarah Perubatan Kanan/Psikiatri Am/Terapi Kognitif Tingkahlaku (CBT)
  • Dr. Ang Jin Kiat - Pensyarah Perubatan Kanan/Psikiatri Am/Psikoterapi Psikodinamik
  • Dr. Zubaidah Jamil @ Osman - Pensyarah Kanan/Psikologi Klinikal/ pengurusan Sakit Kronik
  • Dr. Firdaus Mukhtar - Pensyarah Kanan/Psikologi Klinikal/Terapi Kognitif Tingkahlaku (CBT)
  • Dr. Siti Irma Fadhilah Ismail – Pensyarah Kanan/Psikologi Klinikal/Kesihatan Populasi
  • Dr. Tan Kit-Aun - Pensyarah Kanan/Psikopatologi Perkembangan/Psikometrik
  • Dr. Nor Sheeren Zulkefly - Pensyarah Kanan/Psikologi Klinikal