Kolej 17

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 bersama-sama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM 202 juta dan siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006. Pada 16 Jun 2006, penyerahan bangunan Kolej Tujuh Belas daripada pihak pemaju kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia telah dilakukan termasuk kunci. Walau bagaimanapun, Kolej Tujuh Belas telah pun mula beroperasi pada 01 Jun 2006 di mana pusat pentadbiran sementara terletak di Astaka Seni, Universiti Putra Malaysia.
Kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Pada umumnya, terdapat 4 blok bangunan penginapan pelajar iaitu blok A dan B bagi pelajar wanita manakala blok C dan D bagi pelajar lelaki, sebuah surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, sebuah kafetaria, sebuah rumah pengetua dan 4 unit rumah felo. Kapasiti yang boleh ditampung bagi keseluruhan bilik di blok A, B, C dan D adalah seramai 2,000 orang. Walau bagaimanapun pada masa sekarang bilangan pelajar adalah seramai 1,060 orang sahaja . Blok C akan mula diisi oleh pelajar mulai semester Kedua sesi yang akan datang.

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|







