Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1996, manakala Unit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOH) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. Unit ini kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan Komuniti pada tahun 1999. Pada tahun 2002, unit ini telah dipisahkan kepada dua, iaitu unit Kesihatan Alam Sekitar serta unit Keselamatan dan Kesihatan. Pada tahun 2009, kedua-dua unit telah digabungkan dan dikenali sebagai Unit Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Jabatan ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2011, dan Profesor Dr. Zailina Hashim sebagai Ketua Jabatan. Jabatan ini ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan  perkhidmatan profesional berasaskan komuniti terutamanya dalam aspek keselamatan, pencegahan penyakit dan kecederaan yang berhubung dengan alam sekitar dan pekerjaan.