Pengenalan

KETUA JABATAN

 

 

Prof. Madya Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail
Ketua Jabatan


Emel : norkhadijah@upm.edu.my
Tel. :03 9769 2513 / 03 9769 2397
Faks. :03 9769 2395

 

Unit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOH) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. Unit ini kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan Komuniti pada tahun 1999. Pada tahun 2002, unit ini telah dipisahkan kepada dua, iaitu Unit Kesihatan Persekitaran serta Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pada tahun 2009, kedua-dua unit telah digabungkan dan dikenali sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.

Jabatan ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2012 dan Profesor Zailina Hashim sebagai Ketua Jabatan pertama. Jabatan ini mempunyai 20 orang ahli terdiri daripada 17 staf akademik dan 4 staf sokongan.

Wawasan Jabatan

Sebagai sebuah organisasi pusat yang cemerlang dalam bidang Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari segi pengajaran, penyelidikan dan perundingan.

Misi Jabatan

Berlandaskan kepada visi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf global, misi jabatan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan secara berterusan dalam pengendalian program pendidikan dan pembelajaran dalam bidang sains kesihatan persekitaran dan kesihatan pekerjaan di peringkat prasiswazah serta siswazah. Selain dari ini, jabatan juga akan meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengembangan dan perundingan bidang ini.


STRUKTUR ORGANISASI

  • Ketua Jabatan: Prof. Madya Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail
  • Ketua Unit Kesihatan Persekitaran: Prof Madya Dr.Ho Yu Bin
  • Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Dr. Nina Fatma Ali
  • Penyelaras Program: Dr. Rozaini Abdullah


STRATEGI JANGKA MASA PANJANG JABATAN



1. Kualiti pendidikan

Untuk meningkatkan kualiti pengajaran, penyelidikan dan perundingan dengan memberi tumpuan kepada latihan profesional kakitangan di universiti-universiti tempatan atau luar negara.


2. Hubungan

Memupuk kerjasama dan rangkaian profesional di kalangan unit, jabatan, universiti tempatan dan antarabangsa, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.


3. Kerjasama dengan fakulti-fakulti yang lain di UPM dan juga dengan universiti-universiti yang lain

Kerjasama dengan universiti luar negara yang disediakan rantaian oleh pelajar PhD yang sebelumnya (tutor) seperti University of Aberdeen, Universiti Sydney, Universiti of East Anglia (Norwich), LaTrobe University (Australia), University of Uppsala (Sweden), Mie University (Japan), Universitas Malahayati (Indonesia), Walailak University (Thailand) dan United Nations University.


4. Kursus jangka masa panjang

Kursus jangka panjang yang membawa kepada ijazah Doktor Falsafah yang ditawarkan dalam bidang-bidang seperti berikut:

  1. Kesihatan Persekitaran - Penilaian Risiko Kesihatan (racun perosak / logam berat), Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak, Kualiti Udara Dalaman & Luar, Pengurusan Sisa Pepejal & Toksik, Geokimia, Keselamatan Makanan, Kualiti Air & Kesihatan, Kimia Alam Sekitar, Toksikologi Alam Sekitar dan Tekanan & Psikologi.
  2. Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan - Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ergonomik, Higen Industri, Keselamatan Industri, Penilaian Risiko Kesihatan Pekerjaan, Toksikologi Pekerjaan dan Psikologi Pekerjaan.


5. Latihan yang ditawarkan/diperlukan

Pengambilan kakitangan baru akademik dengan pelbagai bidang kepakaran; peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi di dalam dan di luar negara.


6. Geran

Projek kebangsaan, antarabangsa dan akan diteruskan yang meliputi hampir semua bidang kesihatan persekitaran dan pekerjaan. Ini bertujuan mengekalkan nombor penerbitan dan meningkatkan indeks-H setiap staf akademik.


HUBUNGI

  • No. Telefon : 03-9769 2396
  • No. Faks : 03 -9769 2395