Program Akademik

PROGRAM AKADEMIK

Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, jabatan ini terlibat dalam dua peringkat program iaitu:

  • Program pra siswazah
  • Program pasca-siswazah

 

Program Prasiswazah : Doktor Perubatan

Ortopedik Lanjutan (MDR 3211)
Pada tahun kelima, (Semester IX & X) pelajar akan diperkenalkan dengan Posting Ortopedik Lanjutan. Sesi pengajaran adalah selama 6 minggu. Pengajaran dalam kursus ini terdiri daripada kuliah, seminar, pengajaran bedsite, rondaan wad, sesi klinikal di klinik pesakit luar Ortopedik dan mematuhi prosedur dalam dewan pembedahan. Pelajar juga perlu menunjukkan prestasi kerja di wad di bawah pengawasan pensyarah. Dalam kursus ini juga, pelajar akan mengikuti tajuk-tajuk Fisioterapi, Terapi Pekerjaan, dan Reahabilitasi. Pelajar akan diselia oleh pensyarah dari Jabatan Ortopedik, UPM dan Pegawai Perubatan / Pakar / Perunding di Hospital Pengajar UPM. Tawaran kursus adalah mengikut Semester.

Pengenalan Ortopedik (MDR 3210)
Pada tahun ketiga, pelajar akan diperkenalkan untuk Posting Pengenalan Ortopedik. Sesi pengajaran adalah selama 3 minggu. Pengetahuan asas ini akan diteruskan dengan Posting Ortopedik Lanjutan pula selama 8 minggu yang dijadualkan apabila pelajar-pelajar ini berada di tahun akhir posting perubatan mereka. Posting ini akan merangkumi sejarah asas yang mengambil pesakit ortopedik yang berdasarkan pada sebahagian anggota badan yang terlibat dan pemeriksaan fizikal sistem muskuloskeletal. Ia juga akan merangkumi pendekatan diagnosis yang tepat dan penyelidikan yang berkaitan. Pelajar akan diselia oleh pensyarah dari Jabatan Ortopedik, UPM dan oleh Pegawai Perubatan / Pakar / Perunding Jabatan Ortopedik, Hospital Pengajar UPM. Tawaran kursus adalah mengikut Semester.

 

Program Pasca-siswazah : Program Master Surgeri (Ortopedik)

Program Master Surgeri (Ortopedik) ditawarkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula pada tahun 2013. Program ini melibatkan jalinan kerjasama dengan universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Ianya adalah program pascasiswazah, latihan dalam pekerjaan selama 4 tahun minima dan 7 tahun maksima. Ianya bertujuan untuk melahirkan Pakar Ortopedik yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu Fasa I (Tahun 1), Fasa II (Tahun 2 dan 3) dan Fasa III (Tahun 4), dan dilaksanakan secara sistem terbuka dan tertutup.

Fasa I dijalankan selama 1 tahun merangkumi 4 kursus utama iaitu Anatomi, Fisiologi, Patologi dan Ortopedik Asas. Calon akan mengikuti latihan Fasa I dan Fasa II di hospital-hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peperiksaan profesional bahagian 1 akan diadakan di akhir Tahun 1. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke Program Fasa II.

Fasa II dijalankan selama 2 tahun. Pada Tahun 2, calon mengikuti kursus elektif selama 6 bulan. Pada Tahun 3, calon akan menjalani latihan Klinikal Ortopedik di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Peperiksaan Profesional Bahagian II akan dijalankan pada hujung Tahun 3. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke Program Fasa III.

Pada Tahun 4 (Tahun Akhir) calon akan meneruskan pengajian fakulti dan hospital-hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia. Calon juga dikehendaki menjalankan projek penyelidikan dan menghantar laporan projek tersebut. Pada akhir Fasa III, calon diwajibkan menduduki dan lulus Peperiksaan Profesional Bahagian III sebelum dianugerahkan Master Surgeri (Ortopedik).

 

Untuk memohon Program Master Surgeri (Ortopedik)

Sila klik Template CV

Sila klik National Orthopaedic Postgraduate Training Selection Process Booklet