Perkhidmatan Profesional

KHIDMAT PROFESIONAL

Diantara perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuklah diagnosa penyakit, rawatan intensif, kaunseling dan rehabilitasi. 

Jabatan surgeri sedia menerima rujukan daripada fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia dan pusat rawatan swasta di
seluruh Malaysia. Unit klinikal yang terdapat di Jabatan ini termasuklah:

  • Klinik Pakar Pembedahan (Menerima rujukan pesakit-pesakit baru dan rawatan susulan)
  • Klinik Metabolik dan Surgeri Bariatrik
  • Wad Surgeri (Pesakit dalam)
  • Unit Rawatan Harian (Pembedahan)

Perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh Jabatan Surgeri, HPUPM pada masa ini adalah:

  • Pembedahan am dan onkologi
  • Pembedahan kolorektal
  • Pembedahan payudara dan endokrin
  • Pembedahan metabolik dan bariatric (Obesiti)
  • Pembedahan vaskular (Akses fistula untuk hemodialisis) Pembedahan laparoskopik

Kepakaran yang akan ditawarkan pada masa hadapan oleh Jabatan Surgeri HPUPM adalah:

  • Pembedahan vaskular
  • Pembedahan hepatobiliary
  • Pembedahan nuerosurgeri
  • Pembedahan plastik
  • Pembedahan robotik

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Klinik Surgeri Am, Klinik Metabolik & Surgeri Bariatrik

Aras 2, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

  • Hari: Selasa dan Khamis
  • Waktu: 8:00 am - 5:00 pm


Perkhidmatan Endoskopi

Aras 3, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, SelangorS

  • Hari Selasa dan Khamis
  • Waktu: 8:00 am - 5:00 pm

 

Perkhidmatan Pembedahan (Dewan Bedah Utama)       

Aras 3, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor 

  • Hari Isnin dan Rabu
  • Waktu: 8:00 am - 5:00 pm 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Klinik Pakar Surgeri
Aras 2, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,
Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang.

No. Tel: 03-9769 9220 / 9221