Pengenalan

KETUA JABATAN

 

Professor Madya Dr. Hasyma Binti Abu Hassan
Profesor Madya Perubatan
Emel :  hasyma@upm.edu.my
Tel. : 03 9769 2515
Faks. :  03 8942 6957



Sebelum ini, Jabatan Pengimejan merupakan satu unit yang telah diletakkan di bawah Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pada awal tahun 2006, unit ini telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengimejan dan operasi adalah berdasarkan sepenuhnya di kampus Serdang. Jabatan ini berhasrat untuk menjadi pelopor dalam Pendidikan Radiologi, Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan menggunakan peralatan pengimejan diagnostik. Jabatan itu juga merancang untuk mewujudkan Pusat Rujukan untuk Radiologi Forensik, Radiologi Kardiak dan Radiologi Pediatrik dalam masa terdekat. Jabatan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos efektif dalam radiologi. Di samping itu, jabatan ini juga berminat dalam menggalakkan pembelajaran perubatan berterusan termasuk latihan dan penyelidikan dalam bidang radiologi.

pada tahun 2020, Jabatan Pengimejan telah bertukar nama kepada Jabatan Radiologi selaras dengan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).