Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik

PROGRAM AKADEMIK

Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, jabatan ini terlibat dalam dua peringkat program iaitu:

  • Program pra siswazah
  • Program pasca-siswazah

 

PROGRAM PRA SISWAZAH 

Kakitangan jabatan terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran program berikut:

  • Program Doktor Perubatan
  • Program Bacelor Kejururawatan
  • Program Bacelor Sains (Bioperubatan)
  • Program Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
  • Program Bacelor Sains (Pemakanan dan Dietetik)
  • Program Bacelor Sains (Dietetik)

 

Secara umumnya penglibatan jabatan adalah dalam bentuk penyampaian syarahan dan tutorial, menjalankan student-centered learning (SCL), penyeliaan amali dan penyelidikan.

 

Antara khusus-khusus akademik yang diselaraskan/melibatkan staf jabatan ini ialah:

  • SPP3351: Mikrobiologi Perubatan
  • SPP3371: Parasitologi dan Entomologi Perubatan
  • NUR3101: Asas Patologi, Mikrobiologi dan Parasitologi
  • SBP3403: Mikrobiologi Perubatan Asas
  • SBP3404: Parasitologi dan Entomologi
  • EOH3404: Parasitologi Persekitaran
  • SBP4401: Mikrobiologi Perubatan Lanjutan

 

PROGRAM SISWAZAH

 

Sarjana Sains (MSc) dan Doktor falsafah (PhD)

Jabatan ini juga mengambil pelajar-pelajar siswazah penyelidikan di peringkat Master (MSc) dan Doktor falsafah (PhD). Maklumat mengenai keperluan akademik, program siswazah dan pendaftaran boleh didapati dari Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

Pelajar-pelajar siswazah di jabatan membuat penyelidikan berkaitan dengan salah satu bidang pengajian atau pengkhususan berikut:

  • Mikrobiologi Perubatan
  • Parasitologi Perubatan

Jabatan ini menawarkan sepuluh kursus siswazah untuk calon-calon pelajar sarjana sains, MSc dan doktor falsafah, PhD:

  • SMK5401: Mikrobiologi Perubatan
  • SMK5402: Bakteriologi Perubatan
  • SMK5403: Virologi Perubatan
  • SMK5404: Teknik Makmal dalam Mikrobiologi Perubatan
  • SMK5501: Helmintologi Perubatan
  • SMK 5502: Protozoologi Perubatan
  • SMK5503: Entomologi Perubatan
  • SMK5504: Immunoparsitologi
  • SMK5505: Bioteknologi Malaria
  • SMK5506: Oportunistik dan Kemunculan Parasit Baru

 

Sarjana Patologi, MPath

Jabatan ini juga menawarkan program siswazah Sarjana Perubatan (Patologi) untuk pegawai perubatan. Program ini melibatkan 4 tahun latihan “in-service” yang dikendalikan bersama dengan Jabatan Patologi. Program Sarjana Patologi merupakan program kepakaran yang melibatkan 4 sub-bidang seperti Patologi Anatomik, Hematologi, Patologi Kimia dan Mikrobiologi Perubatan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pakar-pakar patologi yang cekap dan berwibawa untuk berkhidmat di makmal-makmal diagnostik klinikal di seluruh hospital di Malaysia.

Kemaskini Terakhir : Fri, 11 Oct 2013 (tl_leslie)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017