Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Program Akademik

Pra Siswazah

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi memainkan peranan penting dalam bersama-sama menawarkan Program Doktor Perubatan dengan jabatan-jabatan klinikal yang lain di fakulti. Walaupun jabatan ini tidak mentadbir program tersebut secara langsung, jabatan ini turut menyelaraskan pelbagai kursus dan modul berkaitan dengan obstetrik, ginekologi. Maklumat lanjut mengenai Program Doktor Perubatan yang ditawarkan oleh fakulti boleh diakses dari laman web Program Akademik.

Jabatan ini menawarkan modul untuk program Doktor Perubatan seperti berikut:

  • SPP3241: Ekspresi Gen (Tahun 1)

Kursus ini merangkumi pengajian mengenai struktur dan fungsi gen, mekanisme replikasi DNA, proses transkripsi mRNA dan penterjemahan protein, mutasi, mutagen dan pengaruh mereka ke atas DNA dan sel serta aspek-aspek mengenai teknik biologi molekul di dalam aplikasi diagnostik klinikal.

  • SPP3251: Genetik Manusia (Tahun 1)

Kursus ini merangkumi konsep asas dan kemajuan teknologi dalam kajian genetik manusia yang berkaitan dengan amalan perubatan dalam bidang sitogenetik, genetik molekul, genetik biokimia, genetik klinikal, isu-isu etika dan kaunseling genetik.

  • SPK3511: Obstetrik dan Ginekologi (Selepas lulus Tahun 3)

Kursus ini merangkumi penilaian dan penghayatan situasi klinikal seperti masalah antenatal, masalah selepas bersalin, kematian ibu dan perinatal, penyakit-penyakit sakit puan, penyakit kelamin, kemandulan, pencegahan hamil dan putus haid. Kursus ini juga merangkumi tafsiran diagnosis pembezaan dan pelan pengurusan gejala-gejala dan tanda-tanda klinikal yang berkaitan.

  • SPK3512: Obstetrik dan Ginekologi Orang Tua (Selepas lulus Tahun 4)

Kursus ini merangkumi pemeriksaan fizikal dan pengambilan sejarah pesakit obstetrik dan ginekologi, pendekatan rasional tentang penyiasatan dan pengurusan masalah klinikal, aspek terapeutik dan prosedur terapi di klinik, wad dan teater operasi untuk pesakit-pesakit tua.

Sarjana Perubatan Profesional (Obstetrik dan Ginekologi)

Jabatan ini juga bercadang untuk menawarkan program siswazah profesional dalam masa terdekat iaitu Sarjana Perubatan (Obstetrik dan Ginekologi). Program ini juga akan mendapat pengiktirafan dan akreditasi dari badan-badan profesional yang berkaitan.

Kemaskini Terakhir : Wed, 20 Jan 2016 (m_riyas)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017