Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Perkhidmatan Profesional

PERKHIDMATAN PROFESSIONAL YANG DITAWARKAN:

 

Apa itu Ketidaksuburan?

Ketidaksuburan merupakan ketidakmampuan untuk hamil melalui perhubungan seksual tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga selepas setahun mencuba. Secara amnya, peratus ketidaksuburan lelaki dan wanita adalah hampir sama. Di Malaysia, kira-kira 1 dalam 7 pasangan tidak mempunyai anak.

Penyebab lazim ketidaksuburan lelaki berpunca daripada sperma berkualiti rendah, saluran sperma (vas deferens) tersumbat, pancutan sperma dan mani yang berbalik (looping ejaculation) dan gangguan hormon. Penyebab ketidaksuburan wanita mungkin berpunca daripada saluran Fallopio tersumbat, gangguan hormon, endometriosis  (tisu rahim ektopik) serta kehadiran antibodi antisperma. Sesetengah pula tidak mempunyai sebab atau punca yang jelas dan ini dikenali sebagai ketidaksuburan tanpa penjelasan (unexplained infertility).

Rawatan Teknologi Penghamilan Dibantu  (Assisted Reproductive Technology, ART) seperti yang dinyatakan di bawah merupakan kaedah terbukti untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapat bayi sihat.

 

     Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit

     Penghamilan Dibantu:

□    Permanian Berhadas (Intra Uterine Insemination, IUI)

□    Persenyawaan In Vitro (luar rahim) (In Vitro Fertilization, IVF)

□    Suntikan Sperma Ke Dalam Sitoplamik (Intra Cytoplasmic Sperm Injection, ICSI)

□    Penetasan Embrio Dibantu Laser (Laser Assisted Hatching, LAH)

□    Pemindahan Gamet ke dalam Tiub Fallopio  (Gamete Intra Fallopian Transfer,GIFT)

□    Pembekuan Embrio/Sperma (Frozen Embryo/Sperm )

□    Biopsi Embrio untuk Diagnosis Genetik  sebelum implantasi (Embryo Biopsy for Pre-implantation Genetic Diagnosis )

□    Analisis Sperma dan Mani (Semen Analysis, SA)

□    Latihan dalam Teknologi ART Makmal kepada peserta/para saintis antarabangsa.
 

Permanian Berhadas (Intra Uterine Insemination, IUI)

  • Ini merupakan rawatan awal yang disyorkan.
  • Telur dalam wanita dimatangkan dengan menggunakan ubat-ubatan kesuburan
  • Semasa ovulasi, sampel sperma yang dibersihkan dimasukkan ke dalam rahim perempuan.
  • Persenyawaan berlaku seperti lazimnya(iaitu dalam salah satu saluran fallopio)
  • IUI sesuai bagi wanita yang saluran fallopionya tidak tersumbat dan lelaki yang bilangan spermanya normal.

 
Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilization, IVF)

  • Telur dikeluarkan dari wanita dan disenyawakan bersama sperma yang diambil dari suami di dalam makmal.
  • Selepas persenyawaan, maksima dua hingga tiga embrio dipindahkan ke dalam rahim wanita untuk berlakunya kehamilan.
  • IVF boleh digunakan untuk perempuan yang mengalami kerosakan saluran fallopio, endometriosis, penyakit ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome /PCO), lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang memuaskan dan ‘ketidaksuburan tanpa penjelasan’ (‘unexplained infertility’).

 

Suntikan Sperma Ke Dalam Sitoplasmik (Intra Cytoplasmic Sperm Injection,ICSI)                   

  • Rawatan termoden yang mengutip telur dari wanita dan sperma dari suaminya.
  • Sperma dibersihkan dan yang paling sihat dipilih bagi tujuan ini.
  • Mikroskop berkuasa tinggi serta jarum yang amat halus digunakan untuk menyuntik satu sperma kepada satu telur bagi tujuan persenyawaan.
  • Embrio ditempatkan ke dalam rahim untuk proses panghamilan.
  • ICSI digunakan dalam keadaan sperma berkualiti paling rendah.

LOKASI 

  • Pusat Penyelidikan dan Kesihatan Reproduktif FPSK, Blok D, Aras 6, Bangunan Makmal,  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

PAKAR/PERUNDING 

  • Prof. Prof Dr Nazri Bin Yazid (Pakar Klinikal / Penasihat)
  • Dr Habibah Abdul Hamid (Pakar Klinikal / Penasihat)
  • Dr Maiza Tusimin ((Pakar Klinikal / Penasihat)
  • No telefon: +603-89472716 / 2640 (Perkhimatan Klinikal)
Kemaskini Terakhir : Mon, 30 May 2016 (m_riyas)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017