HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)

Kata-kata Aluan Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)

 

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia secara amnya dan khususnya ke halaman Pejabat Timbalan Dekan  (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan). Kami di sini berperanan dan beriltizam untuk menyediakan satu gerbang yang komprehensif, di mana segala maklumat berkenaan pengajian siswazah dan proses perancangan serta pelaksanaan projek-projek atau program yang melibatkan kerjasama antara fakulti-industri-masyarakat.

Dari aspek siswazah, kami di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan komited kepada kelestarian pendidikan bagi melahirkan graduan-graduan yang holistik. Pengukur kejayaan seseorang graduan itu bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik bahkan turut dinilai dari segi pencapaian GSA (Generic Student Attribute), iaitu kebolehan menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan, khidmat profesional serta aktiviti kemasyarakatan. 

Kami juga amat menitik beratkan dan menghargai penglibatan langsung pihak industri dan masyarakat sebagai salah satu saluran perkongsian dan penyebaran ilmu pengetahuan yang memberi manfaat seterusnya mendorong ke arah kemajuan serta pembangunan masyarakat dan juga negara. Di sini, kami turut menyediakan satu platform jaringan di mana pihak industri dan masyarakat dapat berinteraksi secara terus dengan pihak kami dalam mewujudkan kerjasama simbiosis yang memberi hasil dan impak yang positif kepada semua entiti. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak dan menjemput semua melayari laman sesawang kami untuk sebarang maklumat lanjut.

Akhir kata, semoga jalinan ukhwah antara pelajar-fakulti-industri-masyarakat yang terbina ini dapat menyumbang kepada kelestarian kemajuan negara serta memartabatkan bangsa Malaysia sejajar dengan pegangan utuh universiti iaitu ‘BERILMU BERBAKTI’

Sekian, terima kasih.

 

PROFESOR Ts. DR. CHEAH YOKE KQUEEN, FASc
Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
Tel: 03 9769 2394
Emel: tdsj.medic@upm.edu.my

 

 

TIMBALAN DEKAN
   
NAMA Profesor Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, FASc
JAWATAN Timbalan Dekan (Siswazah, Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan)
EMEL tdsj.medic@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2394
ORCID https://orcid.org/0000-0001-9258-3749?lang=en
GOOGLE SCHOLAR Cheah Yoke Kqueen
RESEARCHGATE Cheah Yoke Kqueen
   
PENYELARAS
   
NAMA Prof. Madya Dr. Ng Yee Guan
JAWATAN Penyelaras Siswazah
EMEL shah86zam@upm.edu.my
TELEFON  


NAMA Prof. Madya Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail
JAWATAN Penyelaras Jaringan Industri & Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan
EMEL norkhadijah@upm.edu.my
TELEFON  
   
SETIAUSAHA
   
NAMA Puan Wan Malini Wan Mahzan
JAWATAN Setiausaha Pejabat
EMEL malini@upm.edu.my / tdsj.medic@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2604
   
PENOLONG PENDAFTAR
   
NAMA Encik Harith Muhammad Hazim Shaik Mohd Sheriff
JAWATAN Penolong Pendaftar
EMEL hazim@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2711
   

Unit Siswazah & Jaringan Industri dan Masyarakat

  STAF PELAKSANA  
   
NAMA Encik Mohd Yusly Mohd Yusof
JAWATAN Pembantu Tadbir Kanan
EMEL myusly@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2810


NAMA Puan Nor Hafizah Sabran
JAWATAN Pembantu Tadbir 
EMEL nor_hafizah@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2506


 
NAMA Encik Muhammad Noor Affandi Lispenri
JAWATAN Pegawai Eksekutif
EMEL nooraffandi@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2506