| FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

     Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

     Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

     Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni  pada bila-bila masa. 


Pra Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program sepenuh masa kepada calon-calon yang layak kepada pemegang STPM / Setaraf, Matrikulasi / Asasi, pemegang Diploma / kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM / kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara bagi meningkatkan imej dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi terbanding Universiti awam lain di Malaysia.

Program Yang Ditawarkan :

a) Pra siswazah

b) Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan)

c) Pengajian Siswazah (Perubatan)

Pelajar Semasa

 

   Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

     Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar semasa UPM

:: Kalendar Akademik
:: Maklumat Akademik
:: Kemudahan
:: Aktiviti Pelajar
:: Konvokesyen
:: Kegiatan Kurikulum
:: Pertukaran Pelajar
:: Pengangkutan
:: Peluang Pekerjaan
:: Keselamatan

PANDUAN MEDIA UNTUK RUJUKAN PAKAR

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sangat komited untuk berkongsi kepakaran dengan masyarakat dan media, dan sekali gus membantu wartawan menghasilkan cerita yang lebih menarik dan memberi impak kepada pengetahuan awam. Tenaga pakar Fakulti juga mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman yang luas mengenai topik dan isu-isu semasa berkaitan perubatan dan sains kesihatan.

Senarai kepakaran yang disediakan ini merupakan panduan untuk rujukan media dan wartawan berkaitan bidang kepakaran, dan sekali gus menyediakan maklumat perhubungan pakar yang berupaya diakses dengan lebih mudah dan cepat. Justeru, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia mengalu-alukan permohonan media untuk mendapatkan maklum balas kepakaran ataupun pandangan daripada tenaga pakar kami dalam bidang perubatan hinggalah kepada keselamatan jalan raya, kesihatan komuniti, pamakanan, dietetik, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, bioperubatan, dan lain-lain yang berkaitan.

Sekiranya media atau wartawan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perhubungan media FPSK seperti berikut:

Puan Syifarida Muhamad Zaki
Penolong Pegawai Tadbir
syifarida@upm.edu.my
03-97692713
 
SXEZTAa~