Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Master Perubatan (Perubatan Keluarga)

PENGENALAN

Program Master Perubatan Keluarga telah ditawarkan di Universiti Putra Malaysia bermula pada tahun 2011 setelah mendapat akreditasi daripada  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya  adalah program pascasiswazah, latihan dalam pekerjaan selama 4 tahun minima dan 7 tahun maksima. Ianya bertujuan untuk melahirkan Pakar Perubatan Keluarga yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 3 fasa : Fasa I (tahun 1), Fasa II (tahun 2 &3) dan Fasa III (tahun 4), dan dilaksanakan secara sistem terbuka (open system).

Fasa I dijalankan selama satu (1) tahun merangkumi 3 penempatan utama: Perubatan, Obstetrik& Ginekologi dan Pediatrik. Calon akan mengikuti latihan fasa I dan II (tahun 2) di hospital-hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peperiksaan professional bahagian 1 akan diadakan di akhir tahun 1. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa II.

Fasa II dijalankan selama dua (2) tahun. Pada tahun 2, calon akan menjalani latihan di 10 penempatan klinikal minor yang wajib, 1 penempatan elektif dan 1 kursus metodologi penyelidikan. Calon akan mengikuti latihan tahun 2 di hospital-hospital yang diiktiraf oleh UPM dan Kementerian Kesihatan. Pada tahun ketiga, calon akan menjalani latihan klinikal perubatan keluarga di klinik kesihatan, KKM dan Pusat Kesihatan universiti secara giliran. Peperiksaan Profesional bahagian II akan dijalankan pada hujung tahun 3. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa III.

Pada tahun 4 (tahun akhir) calon akan meneruskan pengajian di klinik kesihatan, KKM. Calon juga dikehendaki menjalankan projek penyelidikan dan menghantar laporan projek tersebut. Pada akhir fasa III, calon diwajibkan menduduki dan lulus Peperiksaan Professional bahagian III sebelum dianugerahkan Master Perubatan (Perubatan Keluarga).



SYARAT KEMASUKAN


Calon mestilah mempunyai kelulusan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan   Pembedahan (MBBS atau MBBCh) atau lain-lain ijazah doktor perubatan yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.

3. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Pegawai Perubatan.

4. Berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah.

5. Memenuhi syarat-syarat yang kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.



TEMPOH PENGAJIAN

Minimum: 4 tahun
Maksimum: 7 tahun



STRUKTUR PROGRAM


FASA I : TAHUN 1


-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga peringkat tertiari: Perubatan Dalaman, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), dan Pediatrik.

-Penyediaan laporan kes klinikal.

-Peperiksaan Profesional Fasa I (teori dan klinikal)

FASA II: TAHUN 2 & TAHUN 3

-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga peringkat tertiari: Surgeri, Ortopedik, Otorinolaringologi, Oftalmologi, Trauma dan Kecemasan, Dermatologi, Radiologi, Penyakit Berjangkit, Perubatan Pemulihan, Geriatrik, Psikiatri, Perubatan Paliatif/Perubatan Sukan, Pengenalan kepada Metodologi Penyelidikan.

-Latihan Klinikal Perubatan Keluarga di peringkat primer di Klinik Kesihatan.

-Peperiksaan Klinikal Fasa II (teori dan klinikal)

FASA III: TAHUN 4

-Latihan di Klinik Kesihatan sebagai Pakar Perubatan Keluarga dalam latihan di bawah pengawasan.

-Pelaksanaan projek penyelidikan yang bermula dari Tahun 3.

-Penyediaan laporan kes klinikal (3 kes).

-Penyediaan laporan disertasi.

-Peperiksaan Klinikal Fasa III 

Kemaskini Terakhir : Tue, 02 Feb 2016 (yatyadzul)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017