Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Master Perubatan (Psikiatri)

PENGENALAN

Program Master Perubatan (Psikiatri) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah satu daripada program pascasiswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program ini mempunyai objektif untuk melahirkan pakar psikiatri yang cekap, selamat, mampu berfikir secara kritikal yang mengamalkan prinsip etika perubatan dalam membuat sebarang keputusan.

Program ini ialah pengajian sepenuh masa dengan tempoh pengajian minimum 4 tahun dan maksimum 7 tahun. Bahasa yang digunakan di dalam pengajaran adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimana pun Bahasa Malaysia akan digunakan di dalam keadaan yang memerlukan penggunaannya.


SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kelulusan MBBS, MBChB, MD atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.

3. Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

4. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 1 tahun selepas pendaftaran penuh.

5. Telah disahkan dalam jawatan. 

6. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan di negara ini tidak kurang dari 3 tahun. 

7. Berumur tidak melebihi 40 tahun.

8. Tidak pernah gagal kursus, menarik diri atau menolak tawaran kursus Sarjana Perubatan.

9. Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85%.

10. Bebas daripada tindakan tatatertib.

11. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.


TEMPOH PENGAJIAN

Min: 4 tahun
Max: 7 tahun 
STRUKTUR PROGRAM

FASA I : TAHUN 1

-Teori: Asas Sains Perubatan dan Psikiatri Asas.

FASA II : TAHUN 2 & TAHUN 3


-Teori dan Latihan: Psikiatri Am dan Psikoterapi termasuk Metodologi Penyelidikan.

-Posting Sub-Kepakaran: Psikiatri Pemulihan & Komuniti, Forensik, Geriatrik, Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja serta Penagihan Dadah.

-Posting: Perubatan Dalaman/Neurologi.

FASA III : TAHUN 4

-Posting: Psikiatri Perundingan (Liaison) dan menyediakan laporan Disertasi yang dimulakan dari Tahun 2 serta bekerja sebagai Pakar Psikiatri dalam latihan (Consultant Psychiatrist in Training) disamping mempelajari bidang psikiatri pentadbiran.

Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (nurulsofia)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017