| FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES

Bernd Rode Award 2016

Bernd Rode Award 2016



Excellence Project Bernd Rode Award 2016 

 

Anugerah Bernd Rode adalah anugerah berprestij dari ASEA-Europe University Academic Network  (ASEA-UNINET.org) yang berpengkalan di Vienna , Austria. 


Projek yang dipertandingkan telah melalui proses saringan peringkat jawatankuasa pemilih yang diadili olih Presiden , Naib Presiden ASEA UNINET dan Universiti Asia.


Kriteria utama yang diberi tumpuan adalah aktiviti penyelidikan dan akademik berimpak tinggi yang dijalankan kalangan 86 universiti dalam jaringan ASEA-UNINET selepas tahun 2011. Pemenang berjaya membawa pulang sijil anugerah dan wang tunai sehingga €5000.
Prof Dato' Dr Abdul Jalil telah di pilih sebagai pemenang Projek Cemerlang  Anugerah Bernd Rode 2016 dari 11 projek yang dipertandingkan. 


Projek bertajuk , " ASEA-UNINET supports International Cooperation for Knowledge Transfer Programs in Subspeciaity Nuclear Medicine and Clinical Neurology "  dipilih atas justifikasi hasil berimpak tinggi dalam bidang Pengimejan Molekul menggunakan kaedah PETCT serta perkongsian kepakaran dalam bidang kritikal di Malaysia (Neurologi Kritikal). 


Melalui anugerah ini , harapan UPM   menerapkan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam meningkatkan nilai akademia berhasil  mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sekali gus memberi impak positif keberhasilan projek RMK9 dan RMK10. 
Usaha ini bakal memberi manafaat kepada rakyat untuk menikmati perkhidmatan kesihatan setaraf dengan status negara maju dunia . 


Manakala melalui kerjasama antarabangsa ini , Universiti Awam di Malaysia dapat menyediakan kemudahan berprestasi dan berpotensi menarik minat pelajar antarabangsa dengan program yang ditawarkan .

SXETJAf~