| FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES

FPSK NAIB JOHAN PERTANDINGAN URBAN AGRICULTURE SEMPENA EKSPO PERTANIAN DAN PESTA

FPSK NAIB JOHAN PERTANDINGAN URBAN AGRICULTURE SEMPENA EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN KE-40 UPM 2016

20 Oktober 2016 - sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM kali ke-40, satu pertandingan Pertanian Bandaran Antara PTJ UPM yang dianjurkan bersama oleh Taman Pertanian Universiti, Pusat Transformasi Komuniti Univetsisi, Fakulti Pertanian dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah berlangsung. Pertandingan ini menekankan konsep tanaman tegak dan mengutamakan tanaman seperti sayuran berbuah/berdaun, herba, ulam-ulaman dan rempah-ratus. Penggunaan bahan terpakai seperti botol, tin dan lain-lain serta integrasi tanaman dengan ternakan merupakan salah satu daripada aspek yang dinilai. Sesi penilaian untuk telah dijalankan dan sukacita dimaklumkan bahawa pasukan dari FPSK telah berjaya meraih naib johan bagi pertandingan tersebut.


Kumpulan daripada FPSK terdiri daripada 7 orang staf pelaksana telah mengambil masa kira-kira selama 10 hari bagi membuat persiapan dan telah berjaya memasang sepenuhnya projek Vertical Garden ini di tapak pertandingan.


Kejayaan meraih tempat ke-2 ini amat membanggakan kerana ini adalah penyertaan pertama FPSK dalam pertandingan seperti ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan fakulti diatas sokongan yang diberikan serta semua pihak yang terlibat dalam projek ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

 

 

Disediakan oleh Izarul Hakim Rahmad
Jabatan Sains Bioperubatan
FPSK UPM


SXETSAW~