| FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES

Majlis Anugerah Putra Ikon Universiti Putra Malaysia Sesi 2018/2019

Majlis Anugerah Putra Ikon Universiti Putra Malaysia Sesi 2018/2019 telah diadakan di Dewan Pendeta Za’ba, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia malam tadi (20 Februari 2019).

Pada majlis tersebut, sebanyak 4 anugerah telah diraih oleh mahasiswa daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 2 oleh kelab/ persatuan dan 2 oleh individu.

Anugerah Pasukan Terbaik Sukarelawan telah dimenangi oleh Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH) manakala tempat ke-3 Anugerah Aktiviti Pelajar Kategori Persatuan Mahasiswa Fakulti dimenangi oleh Persatuan Pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan (MEHSSA).

Anugerah Pemimpin Sukarelawan Kategori Kesihatan Komuniti telah dimenangi oleh Saudara Ameerul Anas Awalludin daripada program Bacelor Sains Dietetik dan Saudara Chong Shen Yi juga daripada program Bacelor Sains Dietetik memenangi Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka).

Tahniah buat semua!!

SXDdSAZ~