SEMINAR ON UPPER GASTROINTESTINAL TRACT PATHOLOGY | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » SEMINAR ON UPPER GASTROINTESTINAL TRACT PATHOLOGY

SEMINAR ON UPPER GASTROINTESTINAL TRACT PATHOLOGY

Oleh Dr. Huzlinda Hussin

15 November 2018 - Seminar ini bertujuan untuk memberi maklumat yang terkini terutamanya kepada pelajar sarjana patologi dan juga pakar patologi dari seluruh Malaysia tentang penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Memberikan diagnosis yang tepat bagi setiap penyakit sistem pencernaan adalah sangat penting agar pesakit dapat diberikan rawatan yang sepatutnya dan penyembuhan berlaku pada kadar yang paling singkat. Oleh yang demikian, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM sentiasa berusaha untuk mendedahkan pakar patologi dan pelajar sarjana patologi perubatan dari seluruh Malaysia dengan ilmu perubatan patologi yang terkini.


Seminar ini dijalankan separuh hari dan penceramah jemputan kami ialah Professor Dr. Teh Ming, beliau adalah seorang pakar patologi yang sangat berpengalaman yang sekarang ini berkhidmat di National University of Singapore. Seminar ini telah berjalan dengan lancar dan seluruh pegawai akademik dan pegawai sokongan Jabatan Patologi telah berganding tenaga bagi menjayakan aktiviti ini.

 

Date of Input: 13/02/2019 | Updated: 13/02/2019 | h_khairi

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEXNAY~