UPM Anjur Young Scientist Day 2016 | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » UPM anjur Young Scientist Day 2016

UPM anjur Young Scientist Day 2016

UPM Menganjurkan Program “Young Scientist Day” Untuk Memupuk Minat Dalam Bidang Sains Dan Matematik

 

SERDANG – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program “Young Scientist Day: Igniting Scientific Interest’ pada 23 April 2016.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk minat pelajar di dalam bidang sains dan matematik di sekolah luar bandar serta memperkenalkan cara alternatif untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di bilik darjah.

Program ini disertai oleh hampir 700 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Terdapat 40 aktiviti yang melibatkan bidang sains dan matematik yang dikendalikan dan diterajui oleh staf fakulti ini serta dibantu oleh lebih daripada 200 pelajar mahasiswa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Program “Young Scientist Day” bukan sahaja telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah luar bandar tetapi ia juga berjaya meningkatkan nama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Putra Malaysia sebagai pusat penyebaran ilmu di kalangan masyarakat umum.

 


Updated:: [syed]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389472300
0389472585
C1529410356