UPM Pamer 10 Inovasi Baru | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » UPM pamer 10 inovasi baru

UPM pamer 10 inovasi baru

Sumber Asal : UTUSAN Online http://m.utusan.com.my/pendidikan/kampus/saintis-upm-pamer-10-inovasi-baharu-1.283320

Saintis UPM pamer 10 inovasi baru

KUALA LUMPUR 21 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan 10 inovasi baharu berkaitan bidang perubatan dan sains kesihatan yang mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.

Kesemua inovasi tersebut dipamerkan kepada peserta industri dalam satu program pembentangan dan pameran UPM Innovation Open Day (UPMIOD) yang diadakan di sini hari ini.

Antara inovasi-inovasi itu ialah:

- The Anti-coagulant, teknologi membantu melambatkan pembekuan darah semasa proses persampelan,

-  Solid Tumor Reduction Agent, penemuan penyelidikan yang dapat dijadikan sebagai agen anti tumor,

Self Retaining Anal Speculum (SRAS), alat untuk merawat buasir serta

Ergonomic Lumbar Support For Motocyclist, membantu mengatasi masalah sakit belakang dan mengurangkan keletihan apabila menunggang motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutif pengkomersialan, Taman Sains Putra UPM, Ahmad Zakir Wira Jaafar berkata, produk yang dipamerkan di pameran itu telah mempunyai paten yang difailkan dan terdapat beberapa teknologi bersedia menjalani ujian klinikal.

“Matlamat UPMIOD adalah untuk mempromosikan pengkomersialan teknologi UPM di samping untuk menggalakkan lagi perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan industri.

“Sehingga kini, UPM berjaya menghasilkan 109 teknologi sejak tahun 1990 dan mencatatkan jualan kasar sebanyak RM52 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan di sini hari ini.

Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Jalil Nordin, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah, Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Pensyarah kanan/pereka Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Dr. Saidul Hasley Ramli, Ketua Projek dan wakil-wakil dari industri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zakir berkata, kerjasama yang terjalin di antara UPM dan industri adalah penting selain dapat menyalurkan produk tersebut untuk digunakan kepada masyarakat.

 


Updated:: [syed]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389472606
0389472585
C1516101229