Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Pengenalan

Ketua Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi

 

 

Prof Madya Dr. Soh Kim Lam
Emel  :  sklam@upm.edu.my
Tel.    :  03 8947 2429

Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi mula dinaiktaraf daripada Unit Kejururawatan dan beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2015. Sebelum ini, Unit Kejururawatan beroperasi di bawah Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan (1999 – 2002), Jabatan Kesihatan Komuniti (2002 - 2008) dan Jabatan Perubatan (2008 sehingga 2015).  Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi diketuai oleh Prof. Madya Dr. Soh Kim Lam.

Wawasan Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi adalah sebagai organisasi pusat kecemerlangan dalam memberi pendidikan di bidang kejururawatan dan rehabilitasi dari segi pengajaran dan penyelidikan bagi menyediakan jururawat dan jurupulih profesional yang efisyen. Berlandaskan kepada visi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf global, misi jabatan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan secara berterusan dalam pengendalian program pendidikan dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan dan rehabilitasi di peringkat pra siswazah serta pasca siswazah. Jabatan juga menyasarkan peningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengembangan dan perundingan perkhidmatan dalam bidang kejururawatan dan rehabilitasi.

Kemaskini Terakhir : Tue, 06 Oct 2015 (j_salimah)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017