Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Isnin - 27 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Pengenalan

PENGENALAN

Jabatan Kesihatan Komuniti ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang Kesihatan Komuniti di pelbagai peringkat komuniti di bandar dan luar bandar. Pengajaran meliputi pengenalpastian faktor yang mempengaruhi penyakit dan kejadiannya dalam kalangan komuniti, tingkah laku, organisasi, masalah kesihatan di komuniti, aktiviti dan program kawalan dan pencegahan, dan lain-lain aspek disiplin kesihatan awam.  Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan kepada tiga peringkat pencegahan penyakit iaitu meliputi peringkat pencegahan primer, peringkat pencegahan sekunder dan peringkat pencegahan tertier. Dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan, penglibatan komuniti diutamakan kerana setiap aspek kehidupan, sama ada persekitaran fizikal, mental, sosial, dan budaya saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Bidang Kesihatan Komuniti masa kini tidak lagi dilihat sebagai terarah kepada penyakit semata-mata, bahkan telah pesat berkembang untuk meliputi konsep kesejahteraan komuniti. Oleh yang demikian, bidang Kesihatan Komuniti perlu dilihat sebagai sesuatu disiplin yang bersifat holistik dan bersepadu. Memandangkan status kesihatan individu dan komuniti dipengaruhi oleh perlakuan, sikap, dan kepercayaan secara kolektif, pelbagai isu dalam kesihatan komuniti perlu diterokai melalui penyelidikan dan perundingan komuniti. Menyedari bahawa kegiatan berteraskan komuniti berubah mengikut teknologi dan nilai sosial, pendekatan dan strategi yang digunakan dalam memenuhi tujuan jabatan haruslah bersesuai dengan perubahan teknologi dan nilai sosial semasa.

MISI

Misi Jabatan Kesihatan Komuniti ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang perubatan kesihatan awam yang mana menyumbang kepada penambahbaikan dan kemampanan taraf kesihatan juga peningkatan kesejahteraan hidup individu, keluarga, komuniti dan negara.

MATLAMAT

Matlamat Jabatan Kesihatan Komuniti adalah:

  • Untuk menghasilkan graduan pra siswazah dan pasca siswazah yang berkualiti, berdayasaing dan mempunyai jati diri melalui pembelajaran sepanjang hayat di dalam bidang Perubatan Kesihatan Komuniti.
  • Untuk memperkaya sistem pengurusan kualiti bidang Perubatan Kesihatan Komuniti yang berkesan, efisien, telus dan mesra pelanggan.
  • Untuk mempromosi penyelidikan dan penerbitan perubatan kesihatan komuniti.
  • Untuk mempromosi perkhidmatan professional dan perundingan perubatan kesihatan awam.
  • Untuk mewujudkan pusat kecemerlangan di dalam bidang Perubatan Kesihatan Awam di jabatan.

Struktur Organisasi

Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Muhammad Hanafiah Juni

Ketua Unit :

  • Unit Pengurusan Penjagaan Kesihatan : Prof. Madya Dato' Dr. Faisal Ibrahim
  • Unit Epidemiologi dan Biostatistik : Prof. Madya Dr. Hejar Abd Rahman
  • Unit Kesihatan Keluarga : Dr. Anisah Baharom
  • Unit Promosi Kesihatan : Dr. Suriani Ismail
  • Unit Perubatan Pekerjaan: Dr. Ahmad Azuhairi Ariffin
  • Unit Perubatan Persekitaran : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin

Penyelaras Program

  • Penyelaras Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH) : Dr. Ahmad Azuhairi Ariffin
  • Penyelaras Program Master Kesihatan Awam (MPH) : Prof. Madya Dr. Nor Afiah Mohd Zulkefli
  • Penyelaras Program Master Sains dan Doktor Falsafah : Dr. Suriani Ismail
  • Penyelaras Program Perubatan Tahun 2 : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin
  • Penyelaras Pakej 9 (Program Perubatan) : Dr. Huda Zainuddin
  • Penyelaras Pakej 11 (Program Perubatan) : Dr. Hayati Kadir@Shahar

Penyelaras Penerbitan Jabatan : Dr. Kulanthayan K.C. Mani

Penyelaras Jaringan Industri dan Komuniti Jabatan : Dr. Suriani Ismail

Pegawai Sains : Puan Ardiana Naim

(Lihat Carta Organisasi Jabatan)


KETUA JABATAN TERDAHULU

  • Kol (B) Dr Long Seh Chin (mendiang) (1999-2001)
  • Prof. Dr Mohd Yunus Abdullah (2001-2006)
  • Prof. Madya Dr. Hejar Abdul Rahman (2006-2009)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Yusoff Adon (2009 – 2010)
  • Prof. Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya (2010 – 2011)

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Komuniti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No. Telefon : +603-89472424

No. Faks : +603-89450151

Kemaskini Terakhir : Thu, 06 Oct 2016 (ahmadmustafa)


Pejabat Am
Aras 1, Blok B (Akademik)
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Telefon    03 8947 2424
Faksimili  03 8945 0151

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017