Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Pengenalan

JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK


PENGENALAN

Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan ini memberi kesan ke atas corak pola atau kadar morbiditi dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti,dan tekanan darah tinggi. Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima atau pun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pengajian tinggi untuk bertindak secara lebih proaktif dalam mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan, khususnya dalam bidang pemakanan dan dietetik, di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.

Sejarah Jabatan

Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti telah ditubuhkan pada 1hb April 1992 sempena dengan penubuhan Fakulti Ekologi Manusia. Pada 1hb Ogos 1996, jabatan ini telah digabungkan dengan Jabatan Sains Bioperubatan dan Jabatan Sains Perubatan untuk menubuhkan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan. Seterusnya pada 1hb Mei 1999, jabatan telah bertukar nama kepada Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan. Kini, jabatan dikenali dengan nama baru, Jabatan Pemakanan dan Dietetik (JPD) dan diterajui oleh Prof. Madya Dr. Azrina Azlan selaku Ketua Jabatan.

 

Ketua Jabatan terdahulu

  • Prof. Dr. Zalilah Mohd. Shariff (1 Mei 2009 - 30 April 2011)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Mohd. Taib (5 Julai 2006 - 30 April 2009)
  • Prof. Madya Dr. Rokiah Mohd. Yusof (1 Mei 2005 - 4 Julai 2006)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Mohd. Taib (1 Mei 2002 - 31 April 2005)
  • Prof. Dr. Maznah Ismail (1 Ogos 2001 - 30 April 2002)
  • Prof. Dr. Asmah Rahmat (1 Julai 2000 - 31 Julai 2001)
  • Prof. Dr. Maznah Ismail (1 April 1994 - 31 Jun 2000)
  • Prof. Madya Dr. Zaitun Yasin (1 April 1992 - 31 Mac 1994)

 

Struktur Organisasi

 

  • Ketua Unit :
  • Koordinator Program

 

  • Pegawai Dietetik :

Hubungi

  • No. Telefon : 03-89472459
  • No. Faks : 03-89426769
Kemaskini Terakhir : Tue, 17 May 2016 (m_sharfizam)


Pejabat Am
Aras 2, Blok C (Akademik)
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Telefon    03 8947 2459
Faksimili  

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017