Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
Sabtu - 25 Februari 2017
  • Instagram
  • facebook
  • twitter
Pengenalan

PENGENALAN

Jabatan Surgeri ditubuhkan pada tahun 1998, apabila kumpulan pertama penuntut perubatan universiti ini memasuki fasa klinikal. Semenjak 2001 jabatan ditempatkan diparas satu dan dua di blok pertama Kompleks Kolej Kejururawatan, Hospital Kuala Lumpur.

Di paras satu terdapat pejabat jabatan, bilik-bilik tenaga pengajar unit-unit Surgeri Am, Anestesiologi dan Oftalmologi; manakala di paras dua, terdapat bilik-bilik tenaga pengajar unit ortopedik dan unit otorinolaringologi. Selepas jabatan ditubuhkan, iaitu, di antara 5 Julai 1999 hingga 30 Jun 2000, ianya diketuai oleh Profesor Madya Dr Fahmi Abdul Karim sebelum diambil alih oleh Profesor Dr Yunus Gul pada 1 Julai 2000 sehingga 31 Mei 2002.

Selepas pelantikan Profesor Yunus sebagai Timbalan Dekan, jabatan diketuai oleh Dato’ Profesor Selvarajah sehingga 14 Mac 2003. Ketua jabatan seterusnya dipangku oleh Profesor Madya Dr. Yushak Abdul Wahab sehingga 12 Oktober 2004 dan kemudian Ketua Jabatan Surgeri diambil alih semula oleh Prof. Dr. Yunus Gul. Setelah itu, jabatan diterajui oleh Prof. Dr. Liew Ngoh Chin dan Dr. Tikfu Gee sebagai Pemangku Ketua Jabatan. Kini, Prof. Madya Dr. Mohd. Faisal Jabar mengambil alih kepimpinan jabatan pada 10 Jun 2011. 

Senarai nama Ketua Jabatan terdahulu

  • Prof. Madya Dr. Fahmi Abdul Karim
  • Profesor Dr. Yunus Gul Alif Gul
  • Profesor Dato’ Dr. Selvarajah Sivaguru
  • Prof. Madya Dr Yushak Abdul Wahab
  • Profesor Dr. Yunus Gul Alif Gul
  • Profesor Dr. Liew Ngoh Chin

Struktur Organisasi

  • Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Mohd. Faisal Jabar
  • Ketua Unit :
  • Unit Surgeri Am : Dr. Tikfu Gee
  • Unit Oftalmologi : Dr. Muhammad Mohd. Isa
  • Unit ENT : Dr. Yap Yoke Yeow
  • Unit Anestesiologi : Prof. Dr. Lim Thiam Aun
  • Pegawai Sains : Encik Mohd Hasrul Adzhar Hassan

Hubungi

  • No. Telefon : 03-89472667
  • No. Faks : 03-89455217
Kemaskini Terakhir : Wed, 24 Dec 2014 (m_hasrul)


Pejabat Am
Aras 4, Blok B (Akademik)
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Telefon    03 8947 2667
Faksimili  

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017